Keupayaan ASEAN hasil bakat pengurusan dikagumi - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Keupayaan ASEAN hasil bakat pengurusan dikagumi

Adakah mengukur kemahiran kepemimpinan syarikat dan daya saing dalam kalangan eksekutif satu idea yang baik? Itulah yang mahu dilakukan Pengarah Daya Saing IMD Business School, Arturo Bris, untuk diterbitkan pada tahun depan ketika ditemui sekumpulan wartawan Asia selepas penyiaran Laporan Bakat Dunia IMD 2015, baru-baru ini.

Beliau merujuk kepada kedudukan eksekutif tahap pertengahan. Kira-kira 10,000 daripada mereka telah memberi respons kepada soal selidik IMD dan keputusan mengikut negara akan diterbitkan bersama-sama dengan Laporan Bakat Dunia IMD 2016.

Penekanan pendidikan hasilkan bakat 

Sambil menerangkan motif penerbitan ini, Bris menegaskan kepada media: "Ia adalah indeks kepemimpinan. Kami mahu menggalakkan ini sebagai alat bagi kerajaan untuk pembaharuan. Laporan ini bersama-sama dengan kategori baharu boleh membantu kerajaan dan syarikat-syarikat (mencari bakat)." Ini selaras dengan usaha untuk mendapatkan gambaran mengenai bakat dan pengurusan bakat di rantau ini supaya kerajaan akan mempunyai panduan untuk mengambil langkah seterusnya.

Bris menyatakan kekagumannya terhadap kerajaan Asia Tenggara yang secara keseluruhannya memberi penekanan kepada pendidikan dan menghasilkan bakat sebagai tunggak utama dasar di mana ini tidak berlaku di Eropah termasuk negaranya, Sepanyol, walaupun hanya Singapura di tempat 10 teratas dalam senarai Laporan Bakat Dunia IMD tahun ini. Dalam Laporan Bakat Dunia IMD 2015, hanya Singapura melonjakkan ke kedudukan 10 teratas dengan Thailand masih tempat ke-34, manakala Malaysia di 15 teratas, Filipina dan Indonesia pula bergerak ke bawah senarai. Laporan Bakat Dunia IMD 2015 menunjukkan Eropah Utara sebagai yang terbaik dari segi bakat perniagaan di dunia, dengan Denmark, Luxembourg, Norway, Belanda, Finland, Jerman dan Belgium di 10 teratas.

Walaupun begitu, negara rantau Asia Tenggara berkemampuan untuk bangkit dibantu faktor ekonomi positif, satu daripadanya ialah kesan Komuniti ASEAN akan datang yang meletakkan lebih daripada 600 juta penduduk dalam pasaran tunggal. Penduduk digabungkan adalah 8.8 peratus daripada jumlah penduduk dunia. Pada tahun 2015, KDNK nominal digabungkan ASEAN telah berkembang kepada lebih daripada AS$2.6 trilion (RM11.18 trilion).

Ia akan disenaraikan sebagai ekonomi ketujuh terbesar dunia selepas Amerika Syarikat, China, Jepun, Jerman, Perancis dan United Kingdom jika ASEAN membentuk blok ekonomi tunggal. Oleh itu, Asia Tenggara memerlukan bakat tenaga mahir yang boleh bersaing dengan keperluan yang sentiasa berubah alam sekitar sama ada tempatan atau serantau. Lebih mudah untuk berkata daripada melakukan.

Tetapi, syarikat-syarikat di rantau ini dan di luar perlu mencari mereka dengan pantas, kata Margaret Cording, profesor strategi di IMD Business School. "Rantau ini mempunyai defisit bakat ... dalam pengurusan pertengahan dan atasan," katanya sambil menunjukkan bahawa tiada eksekutif tempatan dalam syarikat multinasional pada peringkat serantau dan global. Oleh itu, tidak hairanlah orang bertanya di manakah pemimpin-pemimpin Asia? Sebahagian sebabnya adalah kerana syarikat-syarikat cenderung terlalu perlahan untuk menaikkan eksekutif mereka terutama jika ia adalah perniagaan milik keluarga, manakala satu lagi sebab ialah perbezaan budaya di sebuah syarikat multinasional di mana pembuat keputusan adalah warga asing.

Galak dapat jawatan kanan dalam syarikat multinasional 

Selama bertahun-tahun syarikat multinasional dikatakan sukar untuk menggalakkan orang di sini mendapat jawatan kanan. "Saya fikir ia adalah sebahagian budaya," katanya, dengan menggunakan analogi 'semua jalan menuju ke Rome, tetapi jauh dari Rome, warga Rome mencari orang Rome.' Mungkin, selain daripada mengukur kemahiran kepemimpinan eksekutif kawasan ini, Bris juga boleh mencadangkan langkah-langkah bagaimana untuk mengubah minda ini bagi membantu mendorong mereka dan eksekutif tempatan ke arah yang betul.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/100569
0 Komentar untuk " Keupayaan ASEAN hasil bakat pengurusan dikagumi "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ