Al-Quran menceritakan kisah wanita bagi menerangkan pentingnya peranan wanita dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di atas muka bumi ini. Betapa Allah merakamkan kisah Maryam binti Imran, yang tidak bersuami, tetapi mampu melahirkan zuriat yang berguna untuk ummah, bahkan sebagai seorang Nabi dan Rasul. Pada minggu lalu, rancangan Ibrah yang dikendalikan oleh Ustaz Muhamad Syaari Ab Rahman menceritakan seorang lagi kisah wanita. Beliau ialah Sarah, isteri Nabi Ibrahim.
Sarah terkenal dengan sikapnya yang gemar ketawa. Dalam al-Quran dikisahkan satu peristiwa tatkala datang tetamu Nabi Ibrahim ke rumahnya, Baginda pun menerima tetamu tersebut dengan perasaan yang bercampur baur. Ini dikisahkan melalui firman Allah SWT dalam Surah ad-Dzariyat ayat yang ke-25 bermaksud, "Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang yang tidak dikenal."
Tetamu malaikat
Ulama mentafsirkan bahawa tetamu yang hadir ke rumah Nabi Ibrahim itu adalah malaikat. Selepas mempelawa tetamu itu masuk ke rumahnya, Baginda pun mempersilakan tetamunya duduk dan terus bergerak dengan pantas ke belakang. Tafsiran pertama gerakan pantas ke belakang bertemu dengan isterinya Sarah adalah kerana Baginda takut kerana beliau tidak kenal tetamunya itu, kedua sebagai tanda penghormatan kepada tetamu, Nabi Ibrahim segera masuk untuk memaklumkan kepada isterinya menyediakan makanan. Allah berfirman lagi dalam al-Quran, "Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). (Surah ad-Dzariyat, ayat 26). Sebagai seorang isteri, Sarah menggunakan peranannya menenangkan hati Nabi Ibrahim, sejak awal lagi. Sarah terus menemani suaminya, Nabi Ibrahim melayan tetamu yang tidak dikenali sambil mendengar perbualan mereka. Firman Allah lagi yang bermaksud, "lalu dihidangkannya kepada mereka. Ibrahim berkata: "Silalah kamu makan." (Tetapi mereka tidak menjamah makanan itu), kerana itu Ibrahim berasa takut terhadap mereka. Mereka berkata: "Janganlah kamu takut (wahai Ibrahim)." Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang alim (Ishak). (Surah ad-Dzariyat, ayat 27 hingga 28)
Sarah pun ketawa menghilangkan gusar dalam hatinya. Tetapi, tetamu yang datang itu pun mengaku bahawa kehadirannya itu adalah sebagai utusan daripada Allah SWT kepada kaum Nabi Luth. Kemudian, tahulah mereka bahawa tetamunya itu adalah malaikat yang menghantar khabar gembira. Firman Allah lagi, "(Mendengarkan berita yang menggembirakan itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sendiri sambil berkata: "Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)?" (Surah ad-Dzariyat ayat 29)
Kegusaran Nabi Ibrahim reda lihat isteri ketawa
Melihatkan isterinya Sarah ketawa, hilanglah dan reda sedikit kegusaran pada Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim pun mendengar lagi apa yang ingin dikhabarkan oleh malaikat tersebut. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang menggembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub. (Surah Hud, ayat 71)
Perkhabaran yang diterima oleh Sarah dan Nabi Ibrahim adalah berita gembira. Peristiwa ini memberi beberapa ibrah penting kepada wanita sebagai isteri. Pertama, kehidupan berumah tangga memerlukan sikap saling membantu. Dalam hal ini, Sarah melaksanakan peranannya sebagai isteri yang menenangkan jiwa dan permasalahan dihadapi oleh Nabi Ibrahim. Sarah juga tetap berdiri di belakang Nabi Ibrahim bagi menghadapi tetamu yang tidak dikenalinya itu.
Selain itu, Sarah juga menghilangkan ketakutan suaminya itu dengan 'ketawa' sebagai simbol kepada ketenangan dan menghilangkan keresahan. Isteri adalah amanah yang paling bernilai kepada institusi kekeluargaan. Justeru, pendamping yang setia itu tidak akan culas dalam menjalankan tanggungjawabnya dalam apa juga keadaan sekalipun. Kisah Sarah menghuraikan tentang keyakinan yang perlu ada pada seorang isteri sebagai pelengkap kehidupan berumah tangga.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/99811

0 Komentar untuk " Isteri pelengkap kehidupan suami "