GESAAN Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, kepada kerajaan Malaysia agar berlaku adil kepada semua rakyat termasuk dalam hal perkahwinan sejenis telah menimbulkan perasaan tidak puas hati banyak pihak.
Obama berkata, golongan yang mempunyai orientasi seksual yang berbeza berhak kepada penghormatan dan maruah seperti orang lain. Beliau juga berpendapat mereka tidak sepatutnya dipenjarakan kerana orientasi seksual mereka.
Gerakan LGBT (lesbian, gay, biseksual, transgender) semakin berani akhir-akhir ini. Golongan ini bukannya baharu, malah sudah ada sejak zaman Nabi Luth lagi. Lelaki suka sesama lelaki dan perempuan suka sesama perempuan. ALLAH SWT telah berfirman yang bermaksud,
“Sesungguhnya kamu (kaum Luth) benar-benar melakukan perbuatan yang amat jijik lagi keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun makhluk di alam ini.” (Surah al-Ankabut, 29: 28)
Nabi Luth diutuskan kepada satu kaum di kota Sodom, di mana hampir keseluruhan kaum itu mengamalkan hubungan sejenis. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan gaya hidup songsang tersebut sambil menyampaikan seruan ALLAH tetapi tidak dihiraukan. Akhirnya, mereka dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat.
“Tapi kan bro, sama ada kita suka atau tidak, golongan gay dan lesbian ini memang wujud dan ada juga yang beragama Islam. Bagaimana nak hadapi mereka? Adakah kita perlu membenci, memulau, atau bersimpati? Apa cara terbaik untuk berdepan dengan mereka?” tanya seorang rakan.
Jika kita mengenali mereka, kita haruslah menasihati. Jika mereka berdegil, mungkin terpaksa diambil tindakan undang-undang agar budaya ini tidak berkembang.
Selain itu, kita juga harus memulau mereka. Sabda Nabi SAW,
“Barang siapa yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka ubahlah dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka ubahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Muslim)
Ubah dengan hati, menurut Imam Nawawi, adalah dengan mengingkari perbuatan tersebut, iaitu membencinya. Perkahwinan sejenis, seperti yang sudah berlaku di Barat, adalah bertentangan dengan ajaran Islam, dan juga bertentangan dengan semua agama yang sebenarnya turut tidak mengiktiraf perhubungan sejenis apatah lagi berkahwin sesama mereka.
Malangnya, wujud dalam masyarakat kita golongan yang secara terang-terangan menerima serta mengakui diri mereka sebagai kelompok LGBT ini. Dalam memerangi gejala ini, ada pula pihak yang membantah kononnya menghalang hak asasi manusia sedangkan perbuatan ini jelas dilaknat berdasarkan hadis berikut,
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Riwayat Bukhari)
Islam adalah agama yang menutup ruang-ruang yang boleh membawa kepada kerosakan. Sebab itulah gerakan LGBT ini harus dihalang di peringkat awal sebelum ia menjadi lebih serius. Mereka yang dulunya bersembunyi, kini sudah semakin berani ke hadapan.
Sebagai contoh, tiga lelaki transgender beragama Islam telah mencabar peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita. Mereka mendakwa ia melanggar hak perlembagaan mereka yang menjamin kebebasan bersuara, kebebasan bergerak dan hak-hak untuk hidup dengan bermaruah dan berprivasi.
Mereka telah ditangkap beberapa kali kerana berpakaian wanita di Negeri Sembilan. Mereka memfailkan semakan kehakiman pada 2 Februari 2012 untuk mengisytiharkan enakmen itu (Seksyen 66, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992) tidak berperlembagaan.
Mahkamah Tinggi Seremban pada Oktober 2012 memutuskan mereka perlu mematuhi undang-undang kerana mereka Muslim dan dilahirkan lelaki. Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 7 November 2014 memutuskan peruntukan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan serta mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.
Keputusan tersebut telah mengiktiraf hak golongan transgender untuk berpakaian dan berkelakuan seperti wanita. Para penyokong serta kumpulan transgender yang hadir di mahkamah pada hari tersebut bersorak kegembiraan.
Namun akhirnya, mahkamah Persekutuan, pada 8 Oktober 2015, menetapkan Seksyen 66 adalah sah di sisi undang-undang dan boleh terus dikuatkuasakan. Sebagai sebuah negara Islam, ini adalah keputusan yang betul kerana kita sepatutnya menegakkan ajaran-ajaran Islam di samping menghormati agama-agama lain.

0 Komentar untuk " Gerakan LGBT perlu dihalang "