ROTI sandwic menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia dan ia sesuai dimakan pada bila-bila masa, sama ada sarapan, minum petang, mahupun dijadikan sebagai snek.
Hidangan sandwic yang berkhasiat dengan kandungan karbohidrat daripada roti, sumber protein daripada tuna, sardin atau telur dan sayur-sayuran segar menjadikan ia sebagai makanan pilihan ramai.
Ditambah pula, dengan cara penyediaannya begitu mudah dan ringkas terutama bagi mereka yang sibuk dilihat amat sesuai untuk dijadikan hidangan wajib dalam makanan seharian.
Disebabkan itu, ramai peniaga menjual roti sandwic tidak kiralah sama ada di kedai serbaneka, restoran, mahupun di stesen minyak.
Terbaharu, sandwic mula dijual secara atas talian (online) dan khidmat penghantaran turut disediakan, sekaligus memudahkan orang ramai mendapatkan roti tersebut yang dibungkus kemas dengan kotak, membuatkan sesiapa sahaja tertarik membelinya.
Trend terkini pemasaran sandwic
Usahawan, Mohd Yusof Ismail berkata, perkhidmatan yang efisien dan kualiti makanan yang bagus mendorongnya untuk membeli sandwic secara online.
“Saya lebih gemarkan sandwic dari Garsa Kitchen kerana mereka menepati kedua-dua aspek tersebut.
“Setiap kali buat pesanan, paling kurang, saya akan buat tempahan tiga kotak atau lima kotak untuk makan sendiri atau dihadiahkan kepada keluarga, rakan-rakan mahupun kanak-kanak tahfiz,” katanya.
Ahli perniagaan, Datin Siti Shalluah Sheikh Osman berkata, sandwic menjadi makanan kegemaran mereka sekeluarga dan menjadi hidangan wajib setiap bulan.
“Kali pertama diperkenalkan rakan hidangan sampel sandwic online dari Garsa Kitchen, saya sudah tertarik dengan rasanya yang sedap. Kemudian, saya buat pesanan untuk hidangan selepas mesyuarat di pejabat suami saya.
“Disebabkan cara pesanannya ringkas dan mudah serta ada khidmat penghantaran, sejak itu, penyambut tetamu kerap membuat pesanan setiap kali mesyuarat di pejabat,” katanya.
Selain itu, Siti Shalluah juga kerap membeli sandwic online untuk parti sekolah anak-anak dan dijadikan sebagai buah tangan ketika berkunjung ke rumah sanak-saudara.
Jimat masa, tenaga
Bagi pemprogram, Siti Fazlina Abd Wahab, cara pembungkusan yang baik, susunan sandwic dan dekorasi menarik membuatkannya tertarik membeli sandwic secara online dan teruja untuk makan roti tersebut, selain faktor kualiti.
“Saya mula berminat untuk mencuba sandwic online jenama Garsa Kitchen selepas melihat gambar yang dimuat naik oleh rakan Facebook, pada awal Ogos lalu dan ternyata sandwic ini sangat sedap, berbeza dengan sandwic biasa kita dapati di pasaran.
“Tambahan pula, khidmat penghantaran disediakan dan kita sendiri boleh pilih masa untuk menerima tempahan yang dipesan. Ia menjimatkan masa dan tenaga kerana ada kalanya, kesibukan di pejabat membatasi saya untuk keluar makan,” katanya.
Siti Fazlina berkata, perniagaan seperti itu akan terus berkembang setanding makanan segera yang lain.
“Jika ia dikomersialkan secara serius, pasti ia akan terus berkembang pada masa hadapan,” katanya.
Permintaan pelanggan tinggi
Sementara itu, peniaga sandwic online jenama Garsa Kitchen, Natasha Helwa Ramlee berkata, dia memulakan perniagaan sandwic secara online dan menyediakan khidmat penghantaran sejak 1 Oktober tahun lalu.
“Segalanya bermula sejak saya menyiapkan tempahan sepupu saya yang membuat majlis hari jadi anaknya.
“Bermula dari situ, ramai tanya dan mereka berminat membelinya. Jadi saya pun mula menjual sandwic secara online menerusi laman sosial Instagram dan menyediakan khidmat penghantaran di Shah Alam, Kuala Lumpur dan kawasan tertentu di Klang serta Subang,” katanya.
Ketika itu, tidak ada lagi peniaga yang menjual sandwic secara online dan menyediakan perkhidmatan seperti yang ditawarkan Garsa Kitchen.
Pada awal perniagaannya, Natasha menerima pesanan antara satu hingga lima kotak dalam sehari, namun kini permintaan pelanggannya semakin bertambah sehingga lebih 100 kotak sehari.
“Sebelum ini, saya buat sandwic sendiri, beli bahan mentah sendiri dan saya juga yang menghantar pesanan pelanggan.
“Kini, saya mempunyai seorang pembantu yang menguruskan pesanan pelanggan, 15 kakitangan menghantar sandwic dan lima pembantu dapur,” katanya.
Natasha tidak menyangka sambutan sandwic online begitu menggalakkan sehinggakan kadang-kala dia terpaksa menolak jika tempahan terlalu banyak kerana khuatir tidak mampu menyiapkan pesanan pelanggan dalam waktu ditetapkan, selain mahu menjaga kualiti sandwic keluarannya.
“Pelanggan perlu buat pesanan sehari sebelum penghantaran dilakukan sebab kami akan sediakan sandwic segar setiap kali ada pesanan,” katanya.
Bermula dengan dua jenis sandwic iaitu tuna dan telur, kini Garsa Kitchen mengeluarkan lapan pilihan, antaranya Beeftastic, Chickster, Extra-ordinary Chicken dan Fiesta tidak termasuk dua sandwic edisi terhad.
Semua sandwic itu dijual pada harga RM22 hingga RM45 sekotak, bergantung kepada kapasiti dan jenisnya, manakala caj penghantaran pula RM10.

0 Komentar untuk " Garsa Kicken: Trend hidangan terus ke rumah "