KEMUNCULAN internet yang dicipta di Amerika Syarikat sekitar tahun 1960-an ternyata merubah cara berhubung manusia sejagat.
Komunikasi antara manusia menjadi lebih mudah dan cepat tanpa mempunyai sempadan yang memisahkan.
Maksudnya di sini, internet telah menyebabkan perhubungan antara manusia berlangsung tanpa sempadan.
Malaysia juga tidak terkecuali mendapat tempias daripada kemajuan ini apabila lebih 60 peratus daripada rakyatnya menggunakan internet.
Peratusan pengguna internet dalam kalangan rakyatnya menjadikan Malaysia berkedudukan di tempat ke-10 dari segi jumlah pengguna internet terbanyak di Asia.
Kemunculan internet menyebabkan kewujudan pelbagai media sosial seperti Google yang dicipta oleh Larry Page, Facebook ciptaan Mark Zuckerberg, Telegram ciptaan Pavel dan Nikolai Durov, WhatsApp ciptaan Jan Koum serta pelbagai media sosial yang lain.
Kewujudan media-media sosial ini menyebabkan rakyat Malaysia menghabiskan masa purata sembilan jam sehari untuk media sosial.
Jika Steve Jobs yang merupakan pengasas Apple menghalang anaknya sendiri menggunakan iPad dan iPhone semasa berada di rumah, maka kita perlu sedar akan alasan beliau berbuat demikian.
Tindakan Steve Jobs itu ternyata mengejutkan tetapi beliau berpendapat bahawa anak-anaknya perlu dijauhkan daripada penggunaan teknologi itu kerana bimbang akan impak-impak buruk penggunaannya terhadap hubungan kekeluargaan.
Media sosial telah menjadikan proses penyampaian maklumat benar-benar demokratik. Segala maklumat dan berita yang hendak disampaikan tidak perlu difikirkan kesannya, sama ada baik atau buruk oleh penyampai maklumat tersebut.
Berita yang hendak disampaikan juga tidak perlu melalui pihak-pihak tertentu yang bertindak menapis berita atau maklumat berkenaan.
Ciri inilah yang menjadikan media sosial begitu berpengaruh kepada manusia sejagat tidak kiralah berita atau maklumat yang disampaikan itu benar atau palsu lebih-lebih lagi proses penyampaian dan penerimaannya dapat dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Media sosial mampu merapatkan hubungan antara manusia walaupun telah lama terpisah.
Walau bagaimanapun, dalam usaha kita merapatkan hubungan dengan rakan-rakan lama serta ahli keluarga yang berada jauh daripada pandangan, kita telah menjauhkan hubungan kita dengan mereka yang berdekatan dengan kita.
Dengan lain perkataan dapatlah dikatakan bahawa media sosial telah menjauhkan hubungan dengan manusia yang berada berdekatan dengan kita, sama ada dengan suami atau isteri dan anak-anak lantaran kita terlalu asyik melayani mereka yang jauh melalui perhubungan dengan media sosial.
Persahabatan ketika zaman kanak-kanak dan remaja begitu menyeronokkan kerana terlalu banyak kenangan indah yang dilalui bersama-sama rakan.
Terlalu seronok apabila masing-masing mengimbas kenangan lama sehingga kita terpaksa mengabaikan masa bersama-sama keluarga tercinta.
Penyertaan dalam kumpulan media sosial seperti kumpulan zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan peringkat universiti menyebabkan banyak masa dibuang begitu sahaja.
Penubuhan kumpulan media sosial rakan sekerja menjadikan kita terpaksa bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.
Maklumat berkaitan pekerjaan dan tugasan di tempat kerja disampaikan pada bila-bila masa tidak kira selepas jam 5 petang ataupun pada hari cuti.
Situasi ini nyata menjadi ancaman kepada hubungan antara keluarga kerana pasti tumpuan terhadap keluarga terpaksa dikurangkan.
Kecanduan masyarakat terhadap media sosial menyebabkan kehidupan manusia dikatakan tidak lengkap tanpa peranti di tangan.
Ketika berada di meja makan, telefon bimbit berada di tangan; ketika tidur, telefon bimbit juga berada di tangan; malah ketika memandu juga, telefon bimbit turut berada di sisi.
Bolehlah dikatakan bahawa telefon bimbit sentiasa berada di tangan pada bila-bila masa. Hubungan antara keluarga bukan setakat memberi sesuatu berbentuk material tetapi meliputi sesuatu hubungan yang lebih daripada itu.
Anak-anak amat memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapanya.
Media sosial seumpama sebilah pisau, jika digunakan untuk memotong daging atau mempertahankan diri maka baiklah kegunaannya, tetapi jika digunakan untuk membunuh orang, maka buruklah yang kita akan dapat.

0 Komentar untuk " Ancaman baharu kehidupan manusia "