PERANAN pemerintah atau kerajaan pada kefahaman Islam bukanlah sekadar membina puluhan bahkan ratusan masjid sahaja, atau melantik ribuan imam atau mengajikan ribuan guru agama atau sekadar membangunkan agensi dengan nama agama.
Peranan sebenarnya adalah lebih daripada itu, ianya membabitkan membuat sebarang polisi, mendidik serta memelihara rakyat agar terus terpelihara maslahat mereka selari dengan telunjuk syarak.
Pada sesetengah keadaan yang pasti berlaku, iaitu apabila bertembungnya kehendak rakyat dengan kehendak wahyu maka yang perlu dikehadapankan adalah arahan Sang Pencipta. Keputusan itu bukanlah sekadar atas alasan ianya wahyu yang wajib ditaati, tetapi dalam masa yang sama kerana kehendak wahyu itulah yang akan memberi maslahat hakiki kepada rakyat. Kehendak rakyat boleh jadi lahir daripada hawa nafsu manusia yang penuh dengan kelemahan.
Syiekh Wajdi Ghunaim menjelaskan tentang hal ini dengan menyebut:
Antara perbezaan Syura dan Demokrasi barat adalah sumber rujukan ketika berlaku konflik. Bermakna mengembalikan permasalahan perbezaan pendapat kepada rakyat dan mereka menghakimi semahu mereka. Pada sisi Islam, rujukan kita pada Al-Quran dan As-Sunnah sepertimana firman Allah SWT dalam surah An-Nisaa’ ayat 59:
“Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul-Nya (As-Sunnah) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.”
Inilah antara titik perbezaan utama antara politik Islam yang bertunjangkan syura dengan politik yang dibanggakan oleh Barat yang bertunjangkan demokrasi secara total. Mereka melihat ianya berkait memenuhi selera dan kehendak rakyat semata-mata, namun Islam melihatnya dalam kerangka memberi kebaikan serta maslahat kepada rakyat walaupun adakalanya bertentangan dengan kehendak mereka. Politik barat inilah yang membawa kepada kehancuran besar dunia yang banyak kita lihat pada hari ini kerana politik mereka bersumber hawa nafsu.
Inilah yang dimaksudkan oleh Ibnu Aqil perihal maksud politik Islam yang secara berulang kali kit abaca dan dengar:
“Tindakan yang menjadikan manusia lebih dekat dengan kebaikan dan lebih jauh daripada kerosakan, walaupun Rasulullah tidak pernah melakukannya dan tiada wahyu yang turun mengenainya.
Membangunkan rakyat dalam sebuah negara tidaklah cukup hanya dengan memberi mereka teknologi, makanan, wang dan lain-lain. Tetapi pembangunan yang sebenar perlu melibatkan membangunkan jiwa-jiwa mereka, emosi mereka, akhlah serta kelakuan mereka agar terus berada pada tahap kemulian yang tertinggi. Tiada nilai sebuah negara yang mempunyai teknologi serta wang yang banyak namun tidak mempunyai akhlak yang mulia kerana kelak sifat buruk itu pasti menyumbang kearah runtuhnya negara tersebut pada semua sudut. Inilah yang sedang kita saksikan di Amerika Syarikat dan banyak lagi negara Barat.
Budaya vape yang sedang melanda dan sedang naik dengan laju di negara kita pada hari ini adalah suatu perkara yang amat menyedihkan. Budaya yang langsung tidak memberi manfaat kepada negara apatah lagi agama kita bahkan ianya menjadi penyumbang kepada menular budaya buruk terhadap pemuda pemudi kita khususnya. Menghayatkan hati apabila melihat muslimah yang bertudung tanpa segan silu menghembuskan asap-asap yang penuh dengan racun secara meluas di laman-laman sosial.
Keadaan bertambah sedih apabila kerajaan secara terbuka menyatakan bahawa mereka tidak akan mengharamkan vape ini kononya dengan hujah bahawa ianya adalah kehendak anak muda. Suatu kenyataan yang jelas bertentangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang sebelum itu telah mengharamkannya demi mudharat budaya ini. Juga suatu keputusan yang jauh daripada siyasah syariyyah yang berbicara soal memberi maslahat sebenar terhadap rakyat hari ini.
Laungan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang wasatiyah, kata-kata dalam banyak ucapan menteri bahkan perdana menteri yang menegaskan kerajaan akan memimpin negara berlandaskan maqasid syariah dan banyak lagi hanyalah sekadar retorik semata-mata. Tidaklah kata-kata itu melainkan seolah-olah sekadar menjadi gula-gula demi kepentingan politik, demi untuk memancing undi dikalangan melayu muslim.
Mendaulat Islam oleh pemerintah bukanlah terletak pada kata-kata atau sekadar ucapan, tetapi ianya perlu dibuktikan dengan tindakan. Sebab itulah bila ALLAH SWT berbicara tentang kekuasaan orang beriman dalam sesebuah negara ianya berbicara soal amalan, tindakan yang menjadi pembuktian kepada syahadah mereka itu yang disimpulkan sebagai amar makruf nahi mungkar.
Akhirnya jika yang dikejar oleh pemerintah itu hanyalah keredaan rakyat maka mereka akan dapat sekadar itu sehaja, namun jika yang dikejar itu adalah keredaan Allah SWT maka mereka akan dapat kedua-duanya iaitu redha-Nya serta kecintaan makhlukNya.
Tutuplah segala pintu-pintu mudharat ini demi melihat maslahat terhadap rakyat ini terus terpelihara.
Ust Muhammad Firdaus Zalani
Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS)

0 Komentar untuk " Benarkah kerajaan mendaulatkan Islam di Malaysia? "