SEBUAH masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama tentunya mengundang persoalan tentang hubungan antara mereka.
Pada satu sisi, terdapat persepsi yang melihat agama-agama yang ada sebagai berlainan antara satu sama lain. Pada sisi lain, terdapat persepsi mengatakan semua agama adalah sama kerana mereka berasal dari sumber yang satu walaupun bentuk agama mereka berbeza. Bagaimanakah seharusnya seorang Islam melihat kepelbagaian agama?
Semua agama mengandungi kekudusan atau satu kuasa yang dianggap suci dan mulia sebagai asas agama mereka dan kekudusan ini memastikan keharmonian alam semesta melalui ajaran-ajaran kepada manusia tentang bagaimana mereka harus menjalani kehidupan serta membuat kebaikan dan menjauhi daripada kemungkaran.
Tentang adanya kekudusan, tujuan kewujudan dan ajaran mengenai baik dan buruk, semua agama mengandungi unsur-unsur ini. Namun, kekudusan merujuk kepada apa, tujuan kewujudan sebenarnya apa dan apa yang dikira sebagai baik dan sebaliknya mereka mempunyai perbezaan.
Agama Hindu misalnya melihat Brahman sebagai asas segala yang ada dan Brahman boleh menjelma sebagai dewa dan dewi dalam bentuk manusia, haiwan dan sebagainya dan mereka dianggap sebagai pencipta, pemelihara dan juga pemusnah alam dan manusia. Apakah konsep kekudusan dan ketuhanan Islam juga begitu rupa?
Agama Kristian mengajar bahawa kewujudan manusia ialah untuk menuntut ‘salvation’ iaitu menebus dosa yang dilakukan dan kemudian diturun-temurunkan oleh Adam dan Hawa. Apakah mesej kehidupan Islam juga sedemikian rupa?
Apakah kesudahan bagi mereka yang berbuat baik dan sebaliknya semasa hayat di dunia? Agama Hindu mengajukan faham ‘reincarnation’ iaitu seseorang itu akan kembali sebagai manusia yang lebih mulia atau sebaliknya dan dia boleh jadi hidupan lain seperti ular dan sebagainya jika karma atau pahalanya tidak mencukupi untuk dia mencapai mokhsha iaitu membebaskan diri dari kitaran kelahiran kembali. Apakah faham baik dan buruk dalam Islam begitu rupa?
Sehubungan itu kita tidak boleh kata semua agama adalah sama dari segi doktrin kepercayaan, matlamat kewujudan dan natijah kelakuan. Namun kita boleh kata walaupun ketiga-tiga aspek ini mempunyai isi kandungan berbeza di antara agama-agama yang ada, kesemua agama bertujuan melahirkan insan berilmu, baik dan berguna melalui tiga aspek ini.
Untuk Muslim Tionghoa Malaysia yang datang dari pelbagai latar belakang agama sebelumnya, mereka tentunya tertanya bagaimanakah boleh terus berhubung dengan kaum keluarga, jiran tetangga dan rakan sebaya mereka yang bukan beragama Islam.
Jika sebelum ini mereka mengucapkan "Happy Deepavali" dan "Merry Christmas" kepada yang beragama Hindu dan Kristian, apakah mereka boleh berbuat demikian sekarang?
Penulis berpandangan mereka boleh terus berbuat demikian tetapi dengan berniat ucapan itu ditujukan kepada perkara yang menjadi kesepakatan antara agama iaitu penganut masing-masing akan mengambil iktibar dari hari perayaan mereka untuk menjadi insan yang mulia sebagaimana yang dihasratkan oleh agama mereka kerana itu jugalah adalah hasrat semua agama.
Sehubungan itu, mereka boleh ucap dengan kata-kata seperti "May this Deepavali light up our common humanity" - iaitu "Semoga Deepavali ini menerangi keinsanan kita bersama", dan untuk penganut Kristian boleh diucapkan "May this Christmas remind us of our human shortcomings" iaitu "Semoga Krismas ini mengingatkan kita tentang kekurangan kita sebagai manusia." Untuk penganut agama Buddha pula boleh diucapkan "May this Wesak make us realize the true meaning of human suffering" iaitu "Semoga Wesak menyedarkan kita tentang erti penderitaan."
Walaupun Islam tidak berkompromi dalam perkara akidah dan syariah namun akidah dan syariah boleh bertindak sebagai jambatan penghubung dengan agama lain untuk sama-sama menjana keinsanan yang akan tumbuh subur dalam lubuk sanubari dan bersinar mekar di ufuk tinggi sehingga kita menjadi satu rumpun manusia yang sayang menyayangi, hormat-menghormati dan tolong-menolong antara satu sama lain sesuai dengan sabda Nabi yang berbunyi, "Sesungguhnya aku diutuskan untuk membawa ciri-ciri murni dalam diri setiap peribadi kepada titik kesempurnaannya."
* Penulis bekas pensyarah Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

0 Komentar untuk " Berbagai agama hidup bersama "