MASALAH gaji minimum pembantu rumah Indonesia sering menjadi perdebatan, sekali gus menerbitkan kerisauan majikan di negara ini.
Penetapan gaji minimum mereka dari RM900 kepada RM1,200 dikatakan membebankan majikan kerana ia dianggap tinggi apabila mengambil kira bayaran lain yang terpaksa dibuat sebelum dan selepas pembantu rumah bekerja di rumah majikan masing-masing.
Pengambilan pembantu rumah melalui ejen pembekal sekarang boleh mencecah sehingga RM12,000 seorang. Setiap tahun majikan dikehendaki membayar levi sekurang-kurangnya RM600 dan bayaran perkhidmatan pemeriksaan kesihatan (RM100) setahun.
Kos pengambilan dan pembayaran gaji bulanan tinggi sudah pasti membebankan pasangan keluarga generasi muda yang baru berumah tangga dan mendapat anak. Masalah penjagaan anak dan mengemas rumah menjadi isu utama bagi setiap wanita yang bekerja di lokasi berbeza.
Selain kos pembantu rumah mereka terpaksa menanggung bayaran sewa atau pembayaran pinjaman membeli rumah, kereta dan pembelian barangan dapur setiap bulan. Beban sangat tinggi ini ditanggung keluarga yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya, Johor Bharu dan Ipoh.
Sekiranya cadangan ini berjaya, majikan akan membayar gaji bulanan sebanyak RM1,200 dan terpaksa membayar bayaran pengambilan pembantu rumah melalui ejen, purata RM1,000 sebulan. Ia tidak termasuk bilik tidur disediakan percuma bersamaan nilai sewa sebanyak RM400 sebulan dan kos makanan dianggarkan RM500 sebulan.
Sehubungan itu kos sebenar yang ditanggung majikan bagi setiap pembantu rumah ialah RM1,200 + RM1,000 + RM400 + RM500 menjadikan jumlahnya bernilai RM3,100 sebulan.
Dengan membayar gaji sekarang RM900 majikan hanya menanggung perbelanjaan menggaji pembantu rumah Indonesia sebanyak RM2,800 sebulan. Ia tidak termasuk bayaran levi tahunan minimum RM600 dan bayaran perkhidmatan pemeriksaan kesihatan RM100 setahun.
Beban majikan akan bertambah apabila pembantu rumah melarikan diri setelah beberapa bulan bekerja dengan mereka. Pada mulanya ejen berjanji akan menggantikan yang baharu jika pembantu rumah didapati tidak sesuai atau melarikan diri. Hakikatnya janji tidak dapat ditunaikan ejen pembekal pembantu rumah dengan memberikan pelbagai alasan dan majikan terpaksa mengambil risiko bersendirian serta menanggung kos tambahan bagi pengambilan pembantu rumah baharu.
Sehubungan itu kerajaan Indonesia harus menarik balik cadangan menaikkan gaji minimum pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia kepada RM1,200 sebulan.
Walaupun rakyat negara ini memerlukan pembantu rumah dari negara jirannya, namun kerajaan Indonesia harus bekerjasama dengan Malaysia mengatasi masalah membebankan ini. Mereka tidak boleh mengambil kesempatan berlebihan sehingga membebankan majikan di negara ini. Mereka harus faham selain mendapat gaji bulanan, pembantu rumah juga memperoleh manfaat lain seperti bayaran levi tahunan dan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang turut ditanggung sendiri majikan masing-masing.
Kerajaan Malaysia juga harus memikirkan langkah proaktif mengekang permasalahan ini selain membuka lebih banyak negara sumber membekalkan pembantu rumah. Malaysia harus memikirkan agar institusi latihan perkhidmatan pembantu rumah ditubuhkan bagi melatih generasi muda membabitkan kerjaya ini dengan gaji yang sepatutnya.
Institusi ini boleh ditubuhkan Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat sebagaimana Kementerian Pelajaran menubuhkan institusi pra-sekolah.
Sebenarnya majikan di negara ini terutama keluarga Melayu lebih selesa mengambil pembantu rumah dari Indonesia kerana mereka adalah serumpun yang memahami persamaan adat dan budaya masing-masing.
Bagaimanapun, langkah mengurangkan pengambilan pembantu rumah Indonesia perlu diperjuangkan supaya permintaan tidak melebihi penawaran sehingga berlakunya penetapan gaji bulanan minimum mereka yang bertambah tinggi dalam tempoh singkat.
Indonesia boleh mendakwa majikan Malaysia tidak berlaku adil kepada pembantu rumah dari negara mereka, tetapi sebenarnya perkara sebaliknya yang berlaku.

0 Komentar untuk " Beban gaji minimum pembantu rumah "