WALAUPUN minat Afiza Basri, 40, terarah kepada bidang kecantikan, namun dia terpaksa mengorbankan cintanya itu demi perjuangan terhadap perniagaan dobi hariannya.
Hampir 15 tahun berkecimpung dalam bidang tersebut, dia terpaksa menggunakan wang jualan spa untuk menampung segala kos perbelanjaan dobi FZ Laundry seolah-olah ‘hidup segan mati tak mau’ itu.
Namun, itu cerita di awal pembabitan dalam perniagaan tersebut. Usia dobi hariannya kini yang ditubuhkan di Kampung Bukit Naga, Klang sudah menjangkau lapan tahun.
Perniagaan secara kecil-kecilan bermula dengan mencuci pakaian, cadar, patung beruang, toto, dan selimut itu bertambah maju sehingga Afiza membuka cawangan kedua, berdekatan dengan Klinik Kesihatan Kampung Bukit Naga.
“Selepas menjual butik kecantikan tiga tahun lalu, saya hanya menumpukan sepenuhnya terhadap perniagaan dobi.
“Biarpun di awal pembukaan, jualan agak mengecewakan sehingga memperoleh RM150 sebulan sahaja dan tidak mampu menampung segala kos pengurusan,” katanya.
Walaupun perit dengan keputusan itu, Afiza terpaksa meneruskan penutupan spanya setelah berbincang dengan suami.
Modal besar
Memandangkan tidak ramai kaum Melayu menceburi bidang tersebut, Afiza memberanikan diri setelah memerhati keperluan masyarakat sekitar kawasan tempat tinggalnya.
“Tidak ramai Bumiputera terjun dalam bidang ini kerana ia dipelopori kaum lain sejak berzaman lagi.
“Melihatkan peluang ini, saya membuka dobi harian dengan bermodalkan RM10,000. Siapa sangka perniagaan bertambah maju sehingga saya membuka cawangan kedua kedai dobi,” katanya.
Afiza memperuntuk RM80,000 untuk kos pembelian mesin dan menaik taraf kedai baharunya itu.
Bagi kedai tersebut, Afiza mengutamakan pencucian dobi industri iaitu pejabat kerajaan, hotel dan kilang.
“Saya membelanjakan RM40,000 bagi mesin ‘flat iron’ untuk menggosok cadar, selimut dan sarung bantal.
“Lebih banyak cucian dilakukan sehingga memerlukan mesin basuh berkapasiti 25 kilogram,” katanya.
Bukan sahaja beroperasi untuk muatan besar, Afiza juga menerima cucian harian seperti pakaian, langsir, toto, cadar, kasut dan patung beruang.
Walaupun tidak ramai berkecimpung dalam bidang tersebut kerana kos sangat besar, namun Afiza berani menanggung risiko tersebut memandangkan perniagaan dobi mampu berkembang lebih jauh.
“Untuk cucian industri, kami memperoleh pendapatan tetap setiap bulan, namun mesin sedia ada tidak mencukupi menampung jumlah cucian semakin meningkat,” katanya yang menawarkan RM3.50 sekilo bagi cucian biasa.
Rezeki berganda musim hujan
Sudah menjadi adat setiap perniagaan tidak dapat lari daripada cabaran dan kesulitan dalam melakukan tugasan.
Cabaran terbesar dihadapinya adalah masa dan ketelitian dalam setiap cucian bagi memenuhi permintaan pihak hotel.
“Sebelum menerima kontrak cucian, pihak hotel amat tegas dengan kebersihan dan penghantaran tepat pada masanya.
“Bukan itu sahaja, kami perlu melakukan penghantaran di 10 buah hotel sekitar Shah Alam, Klang dan Seri Kembangan,” katanya.
Walaupun musim hujan menambahkan rezeki perniagaannya kerana ramai pelanggan menghantar pakaian untuk dicuci, namun dia berhadapan dengan masalah lokasi jemuran.
“Pakaian agak sukar untuk kering dan mengambil masa. Bukan sahaja ia berlaku ketika musim hujan, bahkan musim perayaan kami tidak menang tangan melayan pelanggan.
“Kadang-kala kami risau dengan bekalan air dan bergantung kepada lima tangki air buat masa sekarang,” katanya.
Dia berharap perniagaan tersebut dapat dibesarkan lagi dan membuka kilang supaya masalah berbangkit dapat diselesaikan.
Katanya, paling penting adalah peralatan cucian kerana harganya mahal berbanding cucian biasa.

0 Komentar untuk " Tutup spa demi perniagaan dobi "