TPP diuruskan untuk kepentingan korporat - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

TPP diuruskan untuk kepentingan korporat

MAJLIS Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bersama Bantah perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) mahu perunding terlibat dalam mesyuarat di Atlanta, baru-baru ini tegas tidak memberikan konsesi merugikan negara.

Pengerusinya, Mohd Nizam Mahshar berkata, perkara penting yang perlu dibincangkan dan dipertahankan ialah kenaikan harga ubat-ubatan akibat perlanjutan harta intelek (IP) dan isu syarikat milik kerajaan serta hak Bumiputera yang akan terjejas jika perjanjian itu ditandatangani.

Menurutnya, TPP juga akan menghalang kerajaan meluluskan undang-undang untuk melindungi kesihatan dan keselamatan awam serta alam sekitar dan sebagainya.

“TPP ada mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur Negara (ISDS) yang akan membenarkan warga asing menyaman kerajaan apabila mereka berpendapat  peraturan itu akan menjejaskan keuntungan mereka,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Mohd Nizam berkata, TPP akan menyebabkan ketidaksamarataan ekonomi dari segi perlanjutan IP yang akan memberikan keuntungan lebih kepada pemilik IP dengan mengorbankan hak keperluan awam.

Mengenai artikel pemenang anugerah Nobel dalam bidang ekonomi, Joseph E Stiglitz, Mohd Nizam berkata, Stiglitz menyatakan perjanjian ekonomi antarabangsa baharu akan mewujudkan hubungan perdagangan antarabangsa tidak sama rata antara negara ekonomi maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dengan negara ekonomi membangun seperti Malaysia.

“Malaysia menghadapi peluang terakhir menukar arah perjalanan rundingan TPP.

“Stiglitz dakwa perjanjian seperti itu bukan perjanjian perdagangan bebas tetapi ia diuruskan untuk kepentingan korporat. Malaysia muncul antara negara di mana kepentingan ekonomi negara akan mengalami kerugian dan sektor yang akan terjejas termasuk besi keluli, aluminium, bahan api galian, plastik dan getah,” katanya.

0 Komentar untuk " TPP diuruskan untuk kepentingan korporat "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ