Kukuh jenama Masyi QS Honey - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kukuh jenama Masyi QS Honey

AZZ Masyi Resources Sdn Bhd (Azz Masyi Resources) optimis mencapai sasaran jualan 30,000 pek tablet madu tualang dan produk semburan kelulut jenama Masyi QS Honey, dalam tempoh sebulan.

Pengarah Komunikasi dan Pemasarannya, Emelia Asat berkata, ia berdasarkan usaha promosi dijalankan termasuk harga pengenalan lebih rendah dan menerusi pengiklanan.

“Sejak produk tablet madu kami di iklan di  Sinar Harian minggu  lalu, sambutan diterima sangat memberangsangkan.

“Ramai telefon tanyakan produk ini, malah ada juga menyatakan minat jadi ejen dan pengedar Masyi QS Honey,” katanya ketika ditemui selepas Pelancaran Tablet Madu Masyi QS Honey pada Pameran Herbal Asia 2015 di Kuala Lumpur, kelmarin.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Emelia berkata, syarikat itu mengalu-alukan pihak yang berminat menjadi ejen atau pengedar produk mereka.

“Sasaran kami  mengukuhkan jenama produk di pasaran Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama ini.

“Selepas itu, kami berhasrat meneroka peluang di negara luar seperti China, Korea dan Jepun yang mempunyai permintaan tinggi,” katanya.

Menurutnya, untuk peringkat permulaan, tiga jenis produk madu dikeluarkan iaitu Masyi QS Honey Tablet Tualang untuk kanak-kanak, Masyi QS Honey Tablet Tualang dewasa dan Masyi QS Honey Spray Kelulut.

0 Komentar untuk " Kukuh jenama Masyi QS Honey "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ