NILAI ringgit boleh meningkat sehingga RM3 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika kerajaan mengambil langkah bagi mengatasi sentimen lain dalam negara yang membantutkan pelabur untuk membuat pelaburan di Malaysia.
Dekan Institusi Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Pahang, Prof Datuk Dr Hasnah Haron berkata, ketika ini, pelabur dikatakan khuatir dengan sentimen seperti isu rasuah yang berleluasa, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu keselamatan kanak-kanak yang berlaku di negara ini.
“Jika ada penjelasan aktiviti yang bakal diambil bagi mengatasi masalah itu, ia akan meningkatkan keyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia,” katanya.
Menurutnya, pada masa ini, Malaysia kukuh dari segi fundamental dan Bank Negara Malaysia (BNM) juga sudah ambil langkah sewajarnya.
“Cuma, untuk menaikkan nilai ringgit, ia memerlukan masa bagi memulihkan sentimen tersebut,” katanya.
Sementara itu, penganalisis ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Dr Faridah Hassan berkata, buat masa ini, tiada jangkaan untuk kenaikan ringgit, sebaliknya ia mengikut peredaran kadar kewangan yang mengalami pusingan ekonomi naik turun pada suatu jangka.
“Nilai ringgit akan naik bergantung kepada beberapa fakta seperti kestabilan harga minyak, suasana politik dan pelaburan asing,” katanya.
Beliau berkata, penurunan ringgit ke paras terendah sejak 1998 di Malaysia dikatakan kerana faktor harga minyak dan situasi politik semasa yang mempengaruhi pengaliran keluar modal daripada pasaran.
Menurutnya, sebagai pengeksport, Malaysia dikatakan menerima kesan daripada harga komoditi yang rendah dan penilaian semula mata wang Yuan oleh China pada minggu ini.
“BNM dalam pengumuman pada Khamis lalu menyatakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan 4.9 peratus pada suku kedua tahun ini selepas mencatatkan pertumbuhan 5.6 peratus pada suku sebelumnya,” katanya.
Menurutnya, kerajaan boleh memulihkan nilai ringgit jika rakyat menerima manfaat apabila berlaku pengukuhan nilai ringgit menyebabkan peningkatan kuasa beli.
“Ia akan beri keuntungan apabila transaksi dilakukan melibatkan kadar tukaran mata wang asing. Di samping itu, rakyat di negara ini akan menerima faedah dari segi penstabilan harga barangan.
“Pada masa sama, pengukuhan nilai ringgit ini membantu mengehadkan tekanan inflasi. Secara tidak langsung, akan menyebabkan struktur ekonomi negara berkembang sejajar dengan lonjakan nilai pendapatan rakyat,” katanya.
Nilai mata wang negara semakin menyusut sejak September 2014 dan terus dalam aliran menurun sehingga Oktober tahun ini.
Ringgit paling rendah dicatatkan pada RM4.47 berbanding dolar AS pada 29 September 2015.
Menurut laporan ekonomi suku kedua oleh BNM, dalam tempoh September 2014 hingga Ogos lalu, ringgit menyusut nilai sebanyak 20.1 peratus berbanding dolar AS.
Nilai ringgit paling rendah pernah dicatat berbanding dolar AS adalah RM4.88 pada Januari 1998.
Ekoran itu, ia ditambat pada RM3.80 berbanding dolar AS selama tujuh tahun mulai September 1998 hingga Julai 2005 bagi menghalang nilainya terus merudum akibat aktiviti spekulasi mata wang.

0 Komentar untuk " Tingkatkan keyakinan pelabur "