Harap kerajaan peruntuk dana bantu usahawan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Harap kerajaan peruntuk dana bantu usahawan

PERSATUAN Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) berharap kerajaan akan memperuntukkan dana kepada usahawan tempatan bagi membantu membawa produk mereka ke pasaran luar negara menerusi pembentangan Bajet 2016 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

Pengerusi Biro SME, Datuk Mohd Fauzi Zakaria berkata, terdapat ramai usahawan tempatan yang berminat membawa produk ke luar negara tetapi mempunyai halangan dari segi kewangan dan kapasiti pengeluaran produk.

“Oleh itu, kami mahu ada dana yang dapat bantu dan membentuk usahawan yang mempunyai keupayaan ke luar negara,” katanya selepas taklimat 2015 Guangdong 21st Century Maritime Silk Road International Expo di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, usahawan tempatan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masih tidak bersedia untuk menerima persaingan yang kuat dengan syarikat luar.

Oleh itu, katanya, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) perlu menyokong penuh usahawan tempatan jika ditandatangani kelak.

“Rata-rata PKS sememangnya tidak bersedia berhadapan dengan TPP tetapi PKS perlu terus maju ke hadapan,” katanya.

Ekspo yang akan berlangsung pada 29 hingga 30 Oktober ini menerima penyertaan 1,000 usahawan dari Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) dan Perdasama.

Katanya, ekspo kali kedua itu adalah platform kepada usahawan untuk memperkenalkan produk Malaysia di China.

0 Komentar untuk " Harap kerajaan peruntuk dana bantu usahawan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ