‘Luas jaringan usahawan Bumiputera’ - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

‘Luas jaringan usahawan Bumiputera’

PERBADANAN Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menggalakkan usahawan Bumiputera meluaskan jaringan antara satu sama lain bagi mengukuhkan perniagaan.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, usahawan Bumiputera perlu bergerak secara berkumpulan dengan membentuk konsortium atau koperasi supaya mereka menikmati manfaat bersama dalam kelompok pengusaha tersebut.

“Ketika ini, saya lihat kebanyakan usahawan Bumiputera cenderung bergerak sendiri menjalankan perniagaan dan ia tidak sesuai untuk melonjakkan daya saing usahawan Bumiputera menjelang 2020.

“Jika usaha rangkaian usahawan Bumiputera dilaksanakan, banyak strategi perniagaan boleh dilakukan dan boleh membantu satu sama lain dari segi pembekalan bahan mentah dan sebagainya,” katanya selepas perjumpaan bersama usahawan PUNB Selangor di Shah Alam.

Dalam pada itu, Mohd Ali berkata, sehingga September lalu, PUNB meluluskan pembiayaan RM2.27 bilion kepada 5,825 syarikat Bumiputera melibatkan 7,943 usahawan.

“Daripada jumlah itu, pembiayaan RM778.18 juta diluluskan kepada syarikat Bumiputera di Selangor membabitkan 2,470 usahawan,” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh sama, seramai 702 usahawan di bawah Skim Prosper perusahaan kecil dan sederhana dilahirkan dari 276 syarikat melibatkan RM775.66 juta.

0 Komentar untuk " ‘Luas jaringan usahawan Bumiputera’ "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ