KESUKARAN mencari tudung atau selendang yang selesa dipakai menyebabkan pemilik Asha Karim Collection, Fatin Aisya Abdul Karim, 29, nekad menjahit sendiri bagi memenuhi citarasanya.
Lebih dikenali sebagai Asha, kebanyakan tudung dan selendang di pasaran tidak sesuai dengan bentuk mukanya kerana dijahit tidak kemas.
“Saya mula berhijab pada 2012 dan mencari tudung atau selendang yang sesuai dengan bentuk muka saya, namun tiada yang berkenan di hati. Dengan sedikit ilmu yang ada, saya jahit sendiri tudung yang dipanggil sarung untuk digayakan pada setiap
hari terutamanya ke pejabat dan berjumpa saudara-mara.
“Saya masih ingat ketika berjumpa saudara mara dan rakan-rakan, saya menggayakan tudung yang dijahit sendiri. Mereka bertanya bagaimana mendapatkan tudung itu dan saya mengakui ia adalah hasil kerja tangan saya,” kata anak jati Kuantan, Pahang.
Bermula dari situ, ramai yang menempah dan dia optimis tudung atau sarung yang diilhamkan daripada kain sarung batik Pahang digayakan wanita zaman dahulu mempunyai segmen pasaran tersendiri.
“Saya mereka sarung mengikut kesesuaian saiz dengan warna agak terhad. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan walaupun hanya promosi dari mulut ke mulut.
“Pada akhir 2012, selepas mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), saya mula menjual secara atas talian (online) dan mempromosikannya dalam media sosial serendah RM90. Sambutan diterima mengejutkan malah mempunyai ramai pengikut di laman media sosial dan perniagaan semakin berkembang,” katanya.
Tinggalkan kerjaya demi perniagaan
Dek kerana menerima tempahan hingga tidak menang tangan menguruskannya, Asha nekad berhenti kerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat swasta.
“Saya mengambil cabaran berhenti kerja dan berniaga dari rumah sahaja. Pada mulanya saya hanya menempah pada seorang tukang jahit tempatan namun mengambil keputusan mengambilnya bekerja dengan saya kerana melihat potensi perniagaan sarung memberangsangkan,” katanya.
Pada mulanya dia hanya mempunyai seorang tukang potong kain dan seorang tukang jahit kini semakin berkembang dan mempunyai 19 pekerja.
“Saya sentiasa belajar dan tidak betah duduk diam kerana mahu pelanggan berpuas hati terhadap setiap pembelian. Saya sendiri akan melakukan dari mula sehingga habis setiap keluaran tudung bagi memastikan ia memenuhi kehendak pelanggan,” katanya yang mendapat sokongan padu daripada suami, Ahmad Azli Abu Hazim.
Permintaan tinggi
Walaupun baru beberapa bulan berada di pasaran, ramai pelanggan sentiasa bertanya mengenai butik kerana mudah bagi mereka untuk melihat sendiri jenis kain dan material yang digunakan.
“Pada mulanya, saya hanya menjalankan perniagaan di rumah sahaja dan setiap pelanggan yang mahu melihat tudung, mereka perlu datang ke rumah.
“Ketika jualan semakin meningkat, demi kesenangan pelanggan, saya tekad membuka butik pertama Asha Karim Collection di Busana Mara, Kuala Lumpur selepas lapan bulan menjalankan perniagaan,” katanya.
Setakat ini, kebanyakan pelanggannya membeli secara berterusan sama ada untuk cenderahati atau digayakan sendiri.
“Saya mahu pelanggan mendapat tudung eksklusif daripada Asha Karim Collection. Saya tidak kisah pergi ke merata tempat untuk mencari material untuk digunakan kerana mahu menjaga kualiti. Antaranya kain sifon berkualiti tinggi diimport dari Korea,” katanya.
Selain mahu pelanggannya kelihatan cantik dan bergaya serta menepati syariat, dia juga mahu mereka selesa dan tidak menghadapi kegatalan di muka.
Tudung edisi terhad
Tudung paling laris adalah Humaira Sarung, Aneka Sarung dan Dayana Sarung yang dijual dengan harga berpatutan.
“Sehingga kini beberapa jenama tudung kami merupakan edisi terhad di mana satu warna hanya boleh diperolehi dua helai sahaja. Malah, ada beberapa jenama keluaran tudung Asha Karim Collection hanya dikeluarkan 20 helai sahaja bagi setiap warna.
“Asha Karim juga menerima tempahan tudung ‘custom made’ daripada pelanggan. Masa yang diambil untuk menyiapkan adalah tiga hari dan kebanyakan pelanggan kami adalah suri rumah, pelajar, profesional dan kenamaan,” katanya.
Kini, Asha Karim Collection mengeluarkan tudung yang dikenali sebagai Asha Karim with Swarovski sejak April lalu dan dijual dengan harga berpatutan.
“Selain jualan di Busana Mara, Asha Karim juga boleh didapati di beberapa gedung Parkson antaranya Alamanda Putrajaya, KLCC; Pavilion dan Maju Junction. Malah, pelanggan juga boleh mendapatkan tudung kami di Bangsar dan Bangi.
“Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mahu melihat sendiri tudung kami dari luar Lembah Klang, kami membuka butik di Kedah dan merancang untuk berada di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Pelanggan boleh mengenali tudung Asha Karim melalui penggunaan renda yang dijahit pada tudung. Elemen manik, labuci serta renda merupakan perincian tetap bagi setiap helai tudung.
Bumiputera pertama tembusi Isetan
Tanpa diduga Asha Karim Collection sudah menembusi pasaran tudung Muslimah di Isetan KLCC dan menganggapnya ia sebagai rezeki ALLAH SWT.
“Ia pencapaian membanggakan kerana saya bukanlah siapa-siapa. Ini kejayaan paling besar saya sebagai ahli perniagaan Melayu dan Bumiputera pertama berniaga tudung di gedung membeli-belah itu.
“Alhamdulillah, untuk berada di situ bukanlah semudah yang disangka. Ia adalah cabaran besar untuk meyakinkan pihak pasar raya menerima produk tudung anak tempatan kerana ia lebih terkenal dengan produk-produk fesyen moden terkini. Mereka tertarik dengan tudung kami apabila melihatnya dalam majalah Hijabista keluaran Kumpulan Media Karangkraf,” katanya.
Pada 7 September 2013, adalah tarikh bersejarah baginya kerana Asha Karim Collection berada di Isetan sehingga kini.
“Pengurusan Isetan tertarik dengan rekaan tudung yang unik dan terus menerima saya sebahagian daripada mereka. Saya berterima kasih dan teruja kerana diberikan peluang berada di situ.
“Lebih menggembirakan apabila mulai 17 Julai 2013 , tudung Asha Karim memasuki semua gedung Isetan di seluruh Malaysia,” katanya yang hanya bermodalkan RM50,000 memulakan perniagaan tudung ketika berusia 24 tahun.
Bijak merencanakan perniagaan
Walaupun masih muda, tetapi Asha bijak merencanakan perniagaan untuk mengukuhkan jenama Asha Karim.
“Saya melalui pelbagai cabaran untuk berada pada tahap ini. Saya hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia.
“Saya kembangkan minat saya dalam bidang fesyen dan suka menjahit manik dan tidak menyangka ia menjadi sumber pendapatan utama,” katanya.
Pelbagai cabaran terpaksa dilalui antaranya tidak cukup kakitangan tetapi terpaksa tempuhi cabaran tersebut kerana percaya rezeki ALLAH SWT yang tentukan.
“Dengan tenaga kerja terhad, pekerja saya perlu buat pelbagai kerja dalam satu masa menjahit manik dan menjadi jurujual. Kita tempuh saat sukar tetapi berusaha menjenamakan Asha Karim supaya dikenali ramai. Alhamdulillah, kini kami mendapat hasilnya.
"Saya juga pernah ditipu syarikat tertentu yang mengambil kesempatan untuk meniru rekaan kami, tetapi bersyukur, segala pahit maung yang dilalui dijadikan pengajaran terbaik dan menghargai setiap kejayaan yang diperolehi.
Tidak hanya itu, Asha pernah menghadapi kekangan modal untuk memenuhi permintaan tinggi daripada pelanggan KLCC menjelang Aidilfitri.
"Saya terpaksa meminjam wang daripada agensi kerajaan untuk memenuhi permintaan tersebut. Alhamdulillah, hasil jualan tersebut berganda dan di luar jangkaan menyebabkan saya boleh membuka satu cawangan di Hotel Concorde, Shah Alam pada November 2014,” katanya.
Asha memanfaatkan kecanggihan teknologi yang ada. Walaupun tanpa berjumpa secara peribadi, dia akan sentiasa menghubungi pelanggan melalui e-mel dan aplikasi mobile.
“Kebanyakan pelanggan saya dari Singapura, Indonesia, United Kingdom, Australia dan Brunei. Kebanyakan pelanggan membeli secara online dan pergi ke butik.
“Namun pelanggan tetap adalah dari Brunei dan saya akan berada di sana dua minggu sekali. Saya suka bertemu pelanggan secara peribadi kerana tidak ada butik dan memberikan tutorial percuma menggayakan tudung,” katanya.
Pelanggan di sana suka tudung kami kerana rekaan dan material serta eksklusif yang sesuai digayakan dalam pelbagai majlis.
“Pelanggan Jepun dan Korea juga suka membeli tudung sebagai cenderamata ketika berkunjung ke Malaysia dan akan membeli secara berulang melalui online,” katanya.
Kebanyakan pelanggan tempatan gemar ‘walk in’ iaitu 60 peratus manakala selebihnya membeli secara online.
Asha Karim juga berkolaborasi bersama Syaiful Bahrim dengan menghasilkan jubah bermanik yang dijual di Isetan sahaja sejak 2014.
“Pada tahun ini, kami mempelbagaikan rekaan antaranya kurung moden Pahang dan kurung lace,” katanya.
Ditanya mengenai setiap rekaan tudungnya, Asha berkata ia adalah ilhamnya sendiri yang berinspirasi cantik, mempesona, abstrak dan 'blink'.
“Saya melihat fesyen dari luar negara malah Isetan sendiri memberikan panduan kepada saya untuk mereka dan penggunaan warna yang sesuai,” katanya.
Mahu menjadi pengilang
Mempunyai cita-cita besar untuk mengembangkan perniagaan dengan membuka kilang sendiri.
“Setakat ini, kami membuka rumah kilang sahaja di Jakarta dan merancang untuk memiliki kilang sendiri di Malaysia iaitu di Lembah Kelang pada 2016,” katanya.
Selain tudung, jaket Asha Karim Purple Label Aleesa dan Asha Karim Purple Label Annora akan berada di pasaran bermula bulan ini.
Tidak ada sebarang petua berjaya, namun percaya pada diri sendiri dan sentiasa mahu belajar merupakan prinsip yang diamalkan selama ini.
“Saya anggap perniagaan ini sebagai bayi kecil yang perlu dijaga dan selalu menasihatkan pekerja saya supaya tidak leka dan memberikan komitmen untuk meningkatkan perniagaan ini.
“Saya menerima cabaran dengan positif dan tidak menganggap peniaga tudung lain sebagai pesaing,” katanya.
Setiap peniaga perlu mempunyai perancangan terlebih dahulu dan memastikan ia berjaya direalisasikan.

0 Komentar untuk " Sarung batik Pahang ke persada dunia "