Hati-hati pelaburan emas! - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Hati-hati pelaburan emas!

HARI itu merupakan hari cukup sedih bagi Clara (bukan nama sebenar) selepas mengetahui telah ditipu suaminya. Patutkah Clara memaafkannya?

Hanya kerana kesilapan suaminya, Clara kini berada dalam masalah besar. Tetapi Clara tidak sampai hati untuk tidak memaafkan suaminya kerana selama ini suaminya bersikap baik kepadanya.

"Ahh... itu semua biar aku fikir kemudian,” bisik Clara kerana sekarang ini dia hendak memastikan hutangnya dengan pihak bank dapat diselesaikan.

Ketika melangkah masuk ke bilik kaunseling AKPK, Clara ingin menangis dan menjerit sekuat hati. Mana tidaknya, Clara dibebani hutang melebihi RM375,000 melalui penggunaan kad kredit dan pinjaman peribadi.

Apa yang lebih menyedihkan, dia tidak pernah membelanjakan walau satu sen pun daripada jumlah pinjaman itu.

Bagaimana perkara ini terjadi? Menurut Clara, suaminya, Edward (bukan nama sebenar) merupakan seorang muflis dan tidak bekerja.

Clara yang bekerja sebagai guru di sekolah swasta bertindak menjadi ketua keluarga manakala suaminya pula duduk di rumah menjaga anak-anak mereka dan membuat sedikit pendapatan sebagai guru tuisyen peribadi di sekitar kejiranan mereka.

Hidup mereka pada mulanya teratur, cukup perbelanjaan, mampu membayar bil-bil setiap bulan dan menghantar anak-anaknya ke sekolah yang bagus.

Tetapi, Edward mempunyai keinginan untuk memberi lebih kemewahan kepada keluarganya. Dia ingin melihat Clara berehat di rumah dan tidak perlu bekerja lagi. Edward juga ingin melihat anak-anaknya dilimpahi kemewahan.

Justeru Edward mengambil keputusan untuk melabur dalam perniagaan emas. Untuk menjadikan keadaan itu lebih teruk, Edward menggunakan dokumen isterinya tanpa pengetahuan Clara untuk membuat pinjaman peribadi dan kad kredit sebagai modal
untuk melabur dalam skim pelaburan emas tersebut.

Tidak beberapa lama selepas itu, pelaburan emas yang dimasuki Edward itu di isytihar sebagai penipuan oleh pihak berkuasa.

Setiap daripada mereka yang memasuki pelaburan itu kehilangan kesemua wang pelaburannya termasuk Edward.

Edward menggunakan kesemua wang pinjaman bank bernilai RM 375,000 dan mengakibatkan Clara dihujani panggilan telefon daripada pihak bank supaya membayar pinjaman tersebut.

Clara bekerja keras sebagai guru selama berbelas tahun, menanggung perbelanjaan keluarga dan kadang-kadang membuat kerja lebih masa untuk sedikit pendapatan kepada keluarga. Kini, dia berhadapan masalah terbesar sepanjang hidupnya.

Selepas Clara menceritakan segala masalahnya, kaunselor AKPK membantu Clara dalam menstrukturkan balik bayaran bulanan pinjaman beliau dengan pihak bank.

Clara bersetuju untuk memasuki Program Penstrukturan Kredit (PPK) AKPK. Dalam Program PPK, AKPK akan berbincang dengan pihak bank dalam menstrukturkan balik bayaran pinjaman dengan nilai yang mampu dibayar oleh pelanggan AKPK.

Dengan program ini, Clara mempunyai peluang dalam menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak perlu risau dengan panggilan telefon dari pihak bank.

0 Komentar untuk " Hati-hati pelaburan emas! "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ