H&M bermula dengan pakaian wanita - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

H&M bermula dengan pakaian wanita

H&M atau Hennes & Mauritz AB, jenama berasal dari Sweden. Ia merupakan syarikat multinasional peruncitan pakaian Sweden yang dikenali menerusi pakaian fesyen lelaki, wanita, remaja dan kanak-kanak.

H&M membina empayarnya di 57 negara dengan lebih 3,500 kedai dan 132,000 pekerja. Pada 1946, syarikat yang diterajui Erling Persson dikatakan mendapat idea membuka perniagaan pakaian itu yang bertujuan menawarkan pakaian berfesyen dengan harga berpatutan.

Kedai pertama H&M dibuka di Jalan Vasteras, Sweden dengan nama Hennes pada 1947. Hennes bermaksud wanita atau perempuan di dalam bahasa Sweden. Nama itu diberikan bertepatan dengan perniagaan pakaian yang hanya menawarkan pakaian wanita ketika itu.

Pada 1968, Persson mengupah seorang peruncit pakaian Mauritz Widforss yang menyumbang kepada penambahan koleksi pakaian lelaki sebagai salah satu rangkaian produknya.

Nama Hennes juga telah ditukar kepada Hennes & Mauritz (H&M) yang kekal sehingga hari ini. Nama penuh syarikat Hennes & Mauritz dijenamakan semula kepada H&M bagi memudahkan penerimaan pengguna terhadap jenama itu di seluruh dunia.

Syarikat itu juga memiliki domain hm.com. Domain itu didaftarkan pada awal 1990 tetapi data pendaftaran pertama hilang. Hanya pada 1998, H&M membeli domain hm.com daripada syarikat A1. Selain jenama H&M, syarikat itu juga mempunyai lima jenama lain.

Pada Jun lalu, H&M mengumumkan untuk melancarkan jenama baharu yang dijangka 2017.

Bagaimanapun, syarikat Sweden itu tidak memberikan apa-apa maklumat tentang jenama mesteri itu namun yang pasti ia adalah sangat berbeza dengan H&M.

0 Komentar untuk " H&M bermula dengan pakaian wanita "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ