CIDB gesa daftar segera - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

CIDB gesa daftar segera

LEMBAGA Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menggesa mana-mana pengeluar bahan binaan dan personel binaan yang masih tidak berdaftar untuk mendaftar dengan segera.

Dalam satu kenyataan, pengeluar bahan binaan mempunyai kurang tiga bulan atau selewat-lewatnya 1 Januari 2016 untuk mendaftar.

Manakala, personel binaan mempunyai kurang sembilan bulan atau selewat-lewatnya 1 Jun 2016 untuk mendaftar dan mendapat perakuan kemahiran serta kompetensi daripada CIDB.

Pengurus Besar Kanan Sektor Operasi CIDB, Megat Kamil Azmi Megat Rus Kamarani berkata, selepas tempoh itu CIDB boleh mengambil tindakan mengikut Akta 520 (Pindaan 2011).

“Bagi pengeluar bahan binaan yang gagal mendaftarkan bahan binaan seperti di senarai di dalam Jadual Keempat Akta 520 (Pindaan 2011), mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 33D (1) atau Seksyen 33D (2) (Kewajipan Pendaftaran Bahan Binaan).

”Jadi sesiapa yang berurusan dengan bahan binaan yang tidak diperakukan kualitinya oleh CIDB seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keempat apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak melebihi RM500,000,” katanya.

Mengikut Seksyen 33 (Kewajipan Pendaftaran Personel Binaan) semua Personal Binaan yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti di tapak pembinaan dan berumur 16 tahun dan ke atas wajib berdaftar dan memegang kad perakuan Pendaftaran Personel Binaan CIDB.

Sekiranya didapati menjalankan kerja-kerja pembinaan tanpa pendaftaran sah dan tanpa diakreditkan, personel binaan itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.

"Denda yang sama juga akan dikenakan kepada majikan yang mengambil pekerja yang tidak diakreditkan untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan,” jelasnya.

0 Komentar untuk " CIDB gesa daftar segera "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ