KPKT lawat tapak projek 1MYC - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

KPKT lawat tapak projek 1MYC

KEMENTERIAN Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membuat lawatan kerja ke tapak cadangan projek 1Malaysia Youth City (1MYC) di Tanjong Malim pada Sabtu lalu.

Ketua Setiausahanya, Datuk Mohammad Mentek yang turut serta dalam lawatan itu berkata, ia adalah bagi membincangkan isu-isu berkaitan bersama wakil-wakil pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM).

"Selain itu, lawatan ke tapak cadangan projek 1MYC ini turut mengenal pasti isu-isu seperti kesesuaian aktiviti dan juga infrastruktur yang telah dicadangkan bagi projek ini termasuk rumah transit," katanya.

Antara tapak cadangan projek dikunjungi adalah Art Hub yang dikendalikan Enjit Semut.

Art Hub menyediakan tempat bagi artis tempatan untuk menghasilkan karya seni seperti lukisan di mana lukisan-lukisan ini akan dijual kepada orang awam.

1MYC merupakan inisiatif NBOS di bawah seliaan KPKT dan pelan induk 1MYC ini disediakan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia.

Matlamat utama 1MYC adalah menjadi pembangun yang berintegrasi bagi membolehkan belia meningkatkan keupayaan dan memajukan diri dalam pekerjaan dan keusahawanan di samping menikmati kemudahan rekreasi, perumahan termasuklah rumah transit.

Projek 1MYC di Tanjong Malim ini adalah projek perintis bagi pembangunan 1MYC di Malaysia pada masa akan datang.

0 Komentar untuk " KPKT lawat tapak projek 1MYC "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ