PADA pilihan raya lepas, semasa Pas adalah rakan tahaluf siyasi DAP, saya tegas berkempen di media sosial agar rakyat tidak mengundi DAP. Tahaluf siyasi maknanya kerjasama politik.
Bagi saya, DAP adalah parti yang smart dan saya yakin Pas tidak se-smart DAP. Saya tidak setuju Pas bertahaluf siyasi dengan DAP bukan kerana DAP mengamalkan demokrasi liberal, tetapi ulama Pas tidak secerdik tokoh-tokoh DAP.
Nabi SAW dan para Sahabat juga bertahaluf siyasi dengan pelbagai ketua kabilah yang mempunyai rancangan-rancangan yang licik. Mereka yang bertahaluf siyasi dengan Nabi SAW bukan semua ikhlas.
Ini jelas sejurus selepas kewafatan Nabi SAW, ramai kabilah belot. Ada yang isytihar murtad beramai-ramai dan boikot zakat. Ada yang mengaku menjadi nabi palsu dan mengumpul ribuan tentera untuk menjatuhkan khilafah.
Semasa Nabi SAW memimpin, mafia bakal murtad, boikot zakat dan nabi-nabi palsu ini bertahaluf siyasi dengan Baginda dengan wajah kemunafikan. Nabi SAW tahu kemunafikan itu tersembunyi dalam jubah dan serban mereka.
Tetapi Nabi SAW tidak serang mereka selagi Nabi SAW mampu outsmart mereka walaupun mereka mempunyai rancangan yang sangat jahat.
Nabi SAW bekerjasama dengan mafia-mafia licik ini kerana Baginda adalah pemimpin yang smart. Menteri-menteri Kabinet Baginda juga mempunyai mindset yang berkualiti tinggi.
Hanya dalam dua tahun sahaja, pemberontakan mafia-mafia ini dapat ditewaskan oleh Saidina Abu Bakar, khalifah pertama.
Nasihat saya pada Pas ialah Teori Kepimpinan Ulama yang menjadi teras Pas tidak lagi sesuai pada zaman rakyat sangat peka dengan informasi-informasi di luar dunia kitab-kitab klasik. Kerjasama Pas-DAP yang terlalu singkat membuktikan ulama Pas bermindset kitab dalam dunia politik, tidak mampu menilai luar daripada kitab.
Kalau mampu, sepatutnya mereka sedar bahawa mereka tidak mampu bertahaluf siyasi dengan DAP sejak lapan tahun lalu.
Mindset kitab ini akhirnya menjadikan ulama sekarang bukan lagi pemimpin, tetapi tuan di mana yang lain hanya ikut sahaja.
Perpecahan dalaman yang teruk dalam Pas juga satu lagi indikator bahawa teori kepimpinan ulama gagal sekali lagi. Golongan profesional yang berjuang untuk Pas dari muda sampai ke tua meninggalkan parti Pas dengan hati yang kecewa sungguh.
Saya berpeluang untuk berkenalan dengan tokoh-tokoh Amanah. Saya hadir ke majlis-majlis mereka untuk memahami hati, perasaan yang terpaksa meninggalkan Pas.
Ramai yang korbankan masa dengan keluarga, jual tanah, tinggalkan pekerjaan yang mewah demi untuk bersama kepimpinan ulama Pas selama ini. Tiba-tiba sekarang mereka ini dilabel sebagai pengkhianat, barua, ejen Yahudi.
Adakah usaha mereka selama ini hanya lakonan semata-mata? Kalau 40 tahun pengorbanan itu adalah lakonan semata-mata, kita patut memberi anugerah Guinness Book World Records sebagai pelakon luar biasa kepada mereka!
Tidak pernah dalam sejarah, satu filem lakonan bertahan selama 40 tahun! Paling lama satu filem Bollywood ialah 5 jam sahaja!
Lagipun, kalau benarlah semua hanya lakonan, ini membuktikan tahap smart mereka ini sangat tinggi. Selama ini, kepimpinan ulama Pas tertipu rupanya! Dan mungkin akan tertipu lagi dan lagi pada masa depan.
Sepatutnya kepimpinan ulama mencari jalan menyatukan, bukan memecahbelahkan; berkata yang makruf, bukan mencerca dengan label-label biadab. Islam ramah, bukan marah.
Sebagai ulama yang sejati, tidak patut putus asa untuk menyatukan umat Muslim di Malaysia. Hati perlu cukup besar sehingga mampu melangkaui batas-batas politik dan melihat musuh sekalipun sebagai hamba ALLAH SWT.
Siapa sangka musuh seperti Umar al-Khattab yang sukarela membunuh Nabi SAW akhirnya memeluk Islam; Khalid Ibnu Walid yang menewaskan tentera Nabi SAW di Perang Uhud dan membunuh sahabat-sahabat Nabi SAW akhirnya digelar ‘saifullah’ (Pedang ALLAH).
Bahkan ketua kabilah Quraisy yang menentang Islam, Abu Sufyan juga memeluk Islam. Bahkan anaknya, Mu’awiyah bin Abu Sufyan telah memeluk Islam secara rahsia dulu sebelum ayahnya.
Ulama yang sejati tidak memperalatkan ilmu dan pengaruh agamanya demi menjaga maslahat parti. Ulama mahu menang hati, bukan menang undi.
* Abdul Naser Tun Rahman Tokoh Pendakwah Perak

0 Komentar untuk " Menang hati, bukan undi "