RAMADAN yang baru berlalu merupakan bulan penuh keberkatan yang dijanjikan maghfirah dan rahmat oleh ALLAH SWT. Dalam bulan Ramadan dapat dilihat umat Islam mengerjakan ibadah-ibadah fardu dan sunat dalam keadaan yang amat tertib.
Masjid dan surau dipenuhi oleh segenap lapisan masyarakat yang berlumba-lumba melakukan solat sunat tarawih dan witir sehingga ke penghujung Ramadan.
Ada yang beriktikaf bagi mencari lailatulqadar tetapi tidak kurang juga mereka yang sibuk dengan persiapan menyambut Syawal baru-baru ini sehingga lupa kepada usaha mencari keampunan dan reda ALLAH pada malam-malam terakhir Ramadan.
Pemandangan kepada keadaan ini amat jelas kelihatan dalam bulan Ramadan, di mana umat Islam bersatu dalam saf yang tersusun. Persengketaan, pertelingkahan dan perbezaan pendapat diletakkan ke tepi kerana akur dengan kepentingan mendapat keampunan dan mencapai reda ALLAH SWT melebihi segala-galanya.
Daripada Amir bin Saad daripada bapanya RA katanya: Pada suatu hari Rasulullah SAW datang dari daerah perbukitan. Ketika Baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah, Baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan Baginda. Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali.
Setelah berdoa, Baginda berpaling kepada kami lalu bersabda: “Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang.
Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan itu tidak diperkenankan.” Hadith riwayat Al- Bukhari.
Hubungan sesama umat Islam adalah didasari dan diikat atas asas aqidah yang kukuh iaitu mentauhidkan ALLAH SWT dan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Seharusnya, asas yang sebegini kukuh mampu membentengi umat Islam daripada berpecah-belah dan mementingkan diri serta kelompok masing-masing tanpa memikirkan kesannya kepada agama dan ummah secara keseluruhan.
Pemeliharaan agama yang diketengahkan melalui prinsip Maqasid Shariah bukan hanya terhad kepada aspek menegakkan hukum-hukum agama sahaja, tetapi juga merangkumi usaha memelihara aqidah dan imej Islam itu sendiri. Jika perbalahan dan perpecahan dalam kalangan umat Islam menjadikan Islam itu dilabel sebagai lemah dan tidak berupaya untuk menyatukan pengikutnya, maka adalah menjadi tanggungjawab umat Islam sendiri untuk mengembalikan kredibiliti agama kepada tahap yang sepatutnya. Tiada pihak yang akan mempertahankan Islam kecuali umat Islam sendiri.
Perbezaan pandangan adalah lumrah dalam agama, namun perbezaan ini tidaklah sehingga menjurus kepada perpecahan sehingga meletakkan Islam di atas neraca pertimbangan yang amat lemah di sisi masyarakat secara keseluruhan.
Ramadan seharusnya menjadi ruang dan peluang untuk semua umat Islam memperbaiki diri dari aspek spiritual, mental dan jasmani yang seterusnya diterjemahkan dalam akhlak dan kerangka pemikiran. Diharapkan Ramadan tahun ini telah mampu menjadikan kita lebih hampir kepada ALLAH SWT dan kekal dalam saf yang utuh sebagai umat Nabi Muhammad SAW.
Moga dipanjangkan umur kita oleh ALLAH SWT dengan penuh keberkatan untuk kita bertemu sekali lagi dengan Ramadan yang seterusnya, insya-Allah.

0 Komentar untuk " Saf umat Islam pasca Ramadan "