Genap sebulan menyingkap tabir Ramadan, umat Islam menyambut kemenangan pada 1 Syawal lalu. Bagi yang benar-benar menghayati kehadiran Ramadan, tentulah merasai kehilangan bulan mulia itu. Sebaliknya, yang masih lalai dan leka tentu tidak merasai apa-apa dalam hidupnya. Ini diakui melalui hadis Rasulullah SAW: "Berapa ramai daripada orang berpuasa yang tiada mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga dan berapa ramai yang berjaga malam tiada mendapat apa-apa daripada bangunnya kecuali letih kerana berjaga." (Riwayat Imam Ahmad) Di sebalik kemeriahan menyambut Syawal, bagaimana kita seharusnya menyelami erti istiqamah dalam setiap pekerjaan dan amalan dilakukan. Masihkah ingat lagi sepanjang Ramadan kita bersungguh-sungguh bangun seawal pagi untuk bersahur. Kemudian, mengambil ruang masa untuk menunaikan solat sunat tahajud dan solat sunat yang lain. Selepas waktu solat pula, masa diluangkan untuk membaca kalam Allah SWT yang terkandung dalam al-Quran al-Karim yang menjadi petunjuk.
Tingkat jiwa 'abid'
Satu penilaian tepat yang harus diukur, bagaimana Ramadan dapat menjadikan kita benar-benar mampu mempertingkatkan jiwa sebagai seorang 'abid (hamba). Jika kita selesa menunaikan ibadah khusus dan umum pada Ramadan, mengapa tidak selepas itu. Diriwayatkan daripada Aisyah, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Justeru, istiqamah untuk terus beramal adalah perkara penting supaya jiwa kita terus dididik melakukan perkara baik dan berterusan biarpun sedikit demi sedikit. Jika setiap malam mengunjungi masjid dan surau untuk menunaikan solat sunat tarawih pada malam Ramadan, wajar amalan itu terus dilaksanakan. Kita perlu melihat makna istiqamah dengan lebih mendalam. Andai pada Ramadan kita melazimi membaca al-Quran, maka kenapa tidak kita meneruskan usaha menghayati makna dan tafsiran serta mengkaji cerita yang Allah SWT rakamkan. Allah SWT menjadikan al-Quran petunjuk dan hidayah serta keteguhan hati untuk orang beriman. Firman-Nya yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, untuk meneguhkan iman orang yang beriman, dan untuk menjadi hidayah petunjuk serta berita yang menggembirakan bagi orang Islam." (Surah an-Nahl, ayat 102)
Bergaul dengan orang salih
Selain itu, menjadi kewajaran untuk terus bergaul dengan orang salih, sama ada di masjid atau surau yang telah dijadikan lokasi musafir dan iktikaf kita sepanjang Ramadan itu. Hal ini diperakui melalui ayat Allah SWT bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar." (Surah at-Taubah, ayat 119) Istiqamah bukanlah sesuatu yang mudah jika kita tidak benar-benar menghayatinya. Orang yang ingin teguh dengan pendiriannya tentu sahaja berhadapan ujian dan cabaran di sebalik niat itu. Ujian ini satu proses mentarbiah diri untuk mendidik jiwa supaya sabar walaupun ditimpa musibah dan dugaan. Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari masa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu." (Surah Fussilat, ayat 30)
Beri khabar gembira
Ayat itu memberi gambaran betapa Allah SWT tidak mahu melihat hamba-Nya bersedih jika berlaku musibah tetapi meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa Allah SWT akan memberi khabar gembira bagi mereka yang terus tetap teguh (terus istiqamah) menjalankan amal ibadah sehingga mendapat syurga. Orang yang benar-benar istiqamah dan tidak putus asa berharap keampunan daripada Allah SWT, akan menerima kemenangan yang sebenar. Begitulah sandaran melalui kisah Nabi Musa dan Nabi Haron yang istiqamah walaupun berhadapan cabaran daripada kaum Bani Israel serta Firaun. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintah-Ku seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang yang tidak mengetahui (peraturan janji-Ku)." (Surah Yunus, ayat 89) Istiqamah adalah hadiah paling besar bagi mereka yang tetap dengan pendirian untuk meneruskan amalan baik biarpun Ramadan telah berlalu. Mereka yang benar-benar ikhlas mengharapkan kehidupannya hanya untuk Allah SWT akan terus berusaha mencapai kejayaan dan kemenangan yang dijanjikan di akhirat nanti.
Penulis ialah Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio IKIMfm
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69402

0 Komentar untuk " Istiqamah didik jiwa beribadah selepas Ramadan "