*BANYAK sekolah ditutup, penerbangan tergendala, dan sana-sini kita melihat cuaca muram sepanjang hari. Semua terasa jerebu tahun ini adalah antara yang terburuk pernah dialami negara.
Setiap hari ada sahaja kawasan yang dicemari udara pada tahap tidak sihat. Jabatan Meteorologi meramalkan keadaan pulih sehari dua lagi, tetapi sudah sebulan berlalu kita terus menyedut udara berbahaya.
Sudah sekian lama kita keresahan gara-gara asap tebal dari negara jiran tanpa henti-henti menyerang udara kita. Peristiwa kelabu ini berlaku sepanjang tahun sejak lebih dua dekad.
Sudah banyak perbincangan, sudah jemu bermesyuarat, sudah beribu janji, tetapi Indonesia seperti biasa, macam ‘buat dhek’ atas kesengsaraan kita. Mana bisa sabar, pak?
*DI seberang Selat Tebrau, Singapura juga mengalami jerebu pada tahap IPU amat tidak sihat, demikian menurut Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) negara republik pulau itu.
Kota Singa yang kecil itu akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana syarikat perladangan di Indonesia yang terang-terang melakukan pembakaran terbuka sehingga menyebabkan jerebu.
Mungkin sudah sampai masanya kita juga bertegas seperti Singapura dengan mengambil tindakan yang lebih drastik terhadap Indonesia.
Ternyata rundingan, dan apa yang selalu disebut sebagai semangat ‘persaudaraan serumpun’ Malaysia-Indonesia selalu gagal menjernihkan udara kita. Asyik-asyik kita sahaja yang kena. Kita sahaja yang mengalah. Cukup-cukuplah...
*TERNYATA Indonesia sendiri terpukul teruk dengan jerebu tahun ini. Beberapa wilayah di negara jiran itu telah diisytiharkan darurat berikutan pencemaran udara berada pada tahap bahaya.
Setakat semalam kebakaran di sana terus menyemarak dengan Riau melibatkan kawasan seluas 2,025 hektar, Kalimantan Barat (900 hektar), Kalimantan Tengah (655 hektar), Jawa Tengah (247 hektar), Jawa Barat (231 hektar), Kalimantan Selatan (185 hektar), Sumatera Utara (146 hektar), Sumatera Selatan (101 hektar), dan Jambi (92 hektar).
Presiden Jokowi mengakui Indonesia memerlukan masa tiga tahun untuk mengatasi masalah jerebu. Katanya kepada BBC: “Masalah jerebu ini bukanlah suatu perkara yang dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.”
Sudah lebih 20 tahun kita di Malaysia diancam jerebu. Nampaknya kita kena tunggu tiga tahun lagi untuk masalah ini diatasi. Itu pun kalau Indonesia, khasnya Pak Jokowi, betul-betul menepati janji. Boleh percaya ke?
*SEPERTI yang kita sedia maklum rakan di seberang Selat Melaka selalu mendakwa apa yang popular di tempat kita sebagai hak milik Indonesia. Mereka mendakwa tarian pandet dan kuda kepang tidak boleh dimainkan di sini, sebab itu milik asal mereka.
Ketupat, rendang dan banyak lagi makanan kesukaan kita juga didakwa sebagai hak milik mereka. Hatta kuih popia pun mereka kata hak milik mereka, dan sanggup berdemonstrasi di depan kedutaan kita di Jakarta untuk mempertahankannya.
Tetapi, sampai saat ini, sudah lebih 20 tahun, belum ada yang mendakwa jerebu sebagai hak milik asal Indonesia. Demikianlah!
*BAGI sesetengah pihak, bukan sahaja jerebu di mata, tetapi jerebu juga di hati. Tentu sekali Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ‘bhengkek’ di sanubari dengan telatah sesetengah anak buah.
Cawangan Umno Pusat Bandar Taman Cempaka mengundang Tun Dr Mahathir Mohamad ke majlis minum petang, hari ini. “Apa niat mereka undang Dr Mahathir?” tanya Ku Nan. Jawab orang Umno cawangan berkenaan: “Apa salahnya undang Tun M!”
Satu lagi jerebu di hati: TPM yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat Datuk Saifuddin Abdullah patut dikenakan tindakan kerana menghadiri mesyuarat meja bulat anjuran pembangkang.
Tetapi Pengerusi Lembaga Disiplin parti, Tan Sri Megat Najmudin Megat Khas, memutuskan tindakan bekas anggota majlis tertinggi parti, juga bekas YB Temerloh dan bekas timbalan menteri itu tidak melanggar apa-apa peraturan parti, dan oleh itu tidak bersalah.
Jerebu di mata boleh dilihat, jerebu di hati tanggung sendiri!
*AKHIR kalam, jerebu juga melanda bola sepak kita! Kita selalu bersemangat berkobar-kobar menyokong pasukan bola sepak kita. Malah, kerap kerana semangat dan emosi yang tidak terkawal, kita bertumbuk di dalam dan luar gelanggang.
Macam gah sangat bola sepak kita. Pada hal kedudukan terkini bola sepak kita di ranking dunia adalah di tempat 171. Maka apa yang hendak dimegahkan sangat!

0 Komentar untuk " Jerebu di mata, jerebu di hati "