Ulam tempatan ke persada dunia - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Ulam tempatan ke persada dunia

GITEX Global Exhibition Services memperkenalkan Ulam Fest 2015 yang bakal berlangsung serentak dengan Pameran Herbal Asia 2015 pada 1 hingga 3 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Safinah Yaakob berkata, program yang mendapat kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) itu bakal membawa pelbagai jenis makanan tradisi, ulam dan herba yang didapati di negara ini.

“Kita bawa makanan yang dekat dengan hati masyarakat setempat antaranya pecal, rojak buah, nasi ulam dan kerabu untuk diperkenalkan kepada pengunjung, sekali gus membuka permintaan dan menggalakkan transaksi perniagaan.

“Ia secara tidak langsung dapat mempromosikan sektor pelancongan kesihatan dengan makanan berasaskan herba dan mengangkat bahan halal yang digunakan daripada herba,” katanya pada sidang media, di Kuala Lumpur, semalam.

0 Komentar untuk " Ulam tempatan ke persada dunia "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ