AGENSI Pelancongan Poto Travel and Tours menyasarkan jualan RM5 juta bagi pameran Matta Fair yang berlangsung pada 4 hingga 6 September di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Rahman Mohd Ali meletakkan jualan lebih tinggi berbanding tahun lalu yang memperoleh kira-kira RM3 juta lebih setiap tahun.
“Walaupun keadaan mata wang ringgit merosot, namun saya yakin jumlah jualan meningkat lebih tinggi berbanding tahun lalu.
“Kami menawarkan harga pakej berpatutan dengan perkhidmatan berkualiti dan jaminan keselesaan terbaik,” katanya.
Jelasnya, berdasarkan statistik pelancong Muslim semakin meningkat dan percaya dapat menarik lebih ramai pelancong terutamanya pelanggan setia agensi.
"Waktu sesuai melancong ketika bulan November dan Disember sempena cuti sekolah. Saya harap rakyat Malaysia rebut peluang ini dapatkan destinasi impian dengan harga istimewa tanpa cas tersembunyi,” katanya.
Pihak agensi menawarkan 40 destinasi seluruh dunia dengan harga serendah RM6,412 (Eropah), RM2,309 (Asia), RM1,099 (Asia Tenggara), RM4,498 (Australia).

0 Komentar untuk " Sasar jualan RM5 juta di Matta Fair "