Galak guna aplikasi BIM - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Galak guna aplikasi BIM

SEBUAH pusat kecemerlangan Permodelan Informasi Bangunan (BIM) bakal ditubuhkan bagi menggalakkan lebih ramai pemain sektor pembinaan mengaplikasikan teknologi itu dalam projek masing-masing untuk memperkasakan industri tersebut.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pusat kecemerlangan itu akan dikendalikan pihak industri pembinaan dalam memberi latihan dan menghasilkan perisian BIM.

“Pada Hari BIM Negara yang diadakan sempena Minggu Pembinaan Antarabangsa 2015 (ICW 2015) ini, kita gabungkan pihak industri, sektor kerajaan dan swasta akan membincangkan penubuhan pusat kecemerlangan itu.

“ICW program tahunan melibatkan semua pihak dan industri pembinaan untuk memperkasakan industri pembinaan. Industri pembinaan banyak menyumbang kepada ekonomi negara dan berharap ia dapat melonjakkan lagi dan membawa pulangan besar pada ekonomi Malaysia,” katanya pada sidang media sempena perasmian Hari BIM Negara 2015 anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia) di Kuala Lumpur, semalam.

Rosnah berkata, penggunaan teknologi BIM dalam industri pembinaan di negara ini bergerak agak perlahan memandangkan ia masih lagi baharu.

Katanya, sehingga kini, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengaplikasikan teknologi BIM sepenuhnya di dalam enam projek pembinaan di bawahnya antaranya Institut Kanser Negara, Putrajaya, bangunan pentadbiran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Selangor dan Kolej Mara di Selangor.

“Kita harap dapat laksana model BIM sepenuhnya dalam Rancangan Malaysia ke-11. Namun, ia akan ambil masa yang agak panjang kerana BIM ini berkaitan dengan teknologi,” katanya.

0 Komentar untuk " Galak guna aplikasi BIM "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ