BERMULA dengan membuka perniagaan dobi, kemudiannya menghasilkan sabun pencuci jenama sendiri, kini MyHomme Biotech Manufacturing Sdn Bhd (MyHomme Biotech), mengambil langkah inovasi menghasilkan sabun pencuci bagi tudung wanita.
Menggunakan jenama Aleeya bagi pencuci khas tudung keluarannya, MyHomme Biotech mengambil masa hampir dua tahun untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi produk tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif, MyHomme Biotech, Mashetah Jamil berkata, idea menghasilkan pencuci tudung Aleeya tercetus selepas melihat trend membeli tudung dalam kalangan wanita sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Dari pemerhatian kami, wanita akan membeli tudung sekurang-kurangnya tiga helai dalam sebulan dan mereka sanggup berbelanja lebih untuk memiliki sehelai atau lebih tudung berjenama dan mahal.
“Tetapi malangnya di pasaran tiada pencuci tudung khusus untuk mencuci tudung melainkan pencuci fabrik dan pakaian biasa sahaja,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bangi.
Tambahnya, pencuci pakaian dan fabrik di pasaran tidak mempunyai kandungan bahan kimia khusus dan sesuai bagi mencuci tudung dan ia akan menyebabkan tudung mudah rosak.
“Rugi jika kita beli tudung mahal, tetapi disebabkan pencuci yang tidak sesuai ia akan cepat rosak, luntur warna serta kelihatan kusam.
“Kerana itu, kami mengambil langkah inovasi menjalankan R&D mengeluarkan pencuci tudung Aleeya bagi membantu mengatasi masalah tersebut,” katanya.
RM100,000 pelaburan untuk R&D
Ditanya mengenai pelaburan menjalankan R&D bagi menghasilkan pencuci tudung Aleeya, Mashetah berkata dia menghabiskan hampir RM100,000 untuk tujuan tersebut.
“Kami juga mengambil masa setahun enam bulan menjalankan R&D merangkumi semua aspek termasuklah mencari pengilang untuk memproses bahan kimia sabun ini.
“Kita menggunakan enzim sebagai salah satu bahan dalam menghasilkan pencuci tudung Aleeya dan ia adalah cara paling selamat untuk mengelakkan tudung daripada turun warna serta rosak,” katanya.
Masa diambil untuk mencuci tudung juga tidak lama kerana pengguna hanya perlu merendam tudung mereka untuk lima minit tanpa perlu memasukkannya ke dalam mesin basuh.
“Hanya perlu rendam atau celup sahaja dan kemudian diberus menggunakan berus yang lembut untuk membuang kotoran kerana sabun kami bertindak dengan cepat membersihkannya.
“Kami juga mendapat maklum balas dari pelanggan yang menggunakan Aleeya mengatakan bahawa tudung mereka tidak kusam, malah berseri serta baunya sangat harum,” katanya.
Untuk permulaan, MyHomme Biotech hanya mengeluarkan satu haruman sahaja untuk pencuci tudung Aleeya.
“Buat masa ini, kita hanya ada satu haruman sahaja kerana ia dibuat secara eksklusif untuk mendapatkan bau sempurna bagi pelanggan kami,” katanya.
Jimat tanpa perlu hantar ke dobi
MyHomme Biotech menyasarkan pengguna daripada pelbagai paras pendapatan untuk memiliki pencuci tudung Aleeya keluarannya itu, ekoran trend masa kini melibatkan semua golongan wanita.
Penggunaan produk keluarannya juga dapat membantu wanita untuk berjimat dalam mencuci tudung mereka tanpa perlu menghantar ke dobi lagi.
“Kebiasaannya, sehelai tudung yang dihantar ke dobi untuk dicuci akan dikenakan bayaran sekurang-kurangnya RM6, tetapi dengan menggunakan Aleeya harga sehelai tudung yang dicuci hanya 44 sen.
“Ini kerana set pencuci tudung Aleeya mampu mencuci sehingga 200 helai tudung dan dijual pada harga RM88 sahaja, di mana mengandungi Aleeya Pre Wash dan Aleeya Hijab Wash,” katanya.
Dari segi jualan pula, ia amat memberangsangkan sejak dilancarkan pada Jun lalu dan berada di pasaran seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
“Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan di mana, kami kini sudah memasuki kumpulan kedua pengeluaran pencuci tudung Aleeya dan sejak dilancarkan hampir 1,000 botol sudah terjual.
“Dengan sambutan yang kami terima ini, saya menyasarkan 500 set pencuci tudung Aleeya akan terjual setiap bulan dan sekali gus meluaskan penembusan pasaran dalam negara,” katanya.

0 Komentar untuk " Sabun khas cuci tudung "