Aeon Credit kekalkan momentum - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Aeon Credit kekalkan momentum

AEON Credit Service (M) Sdn Bhd (Aeon Credit) optimis mengekalkan momentum syarikat itu walaupun berhadapan situasi ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Pengarah Eksekutifnya, S Krishnappan berkata, biarpun trend perbelanjaan pengguna dan pembelian aset seperti kenderaan, rumah dan barang-barang lain menunjukkan penurunan disebabkan pergerakan pasaran yang agak perlahan, namun perniagaan Aeon Credit tidak terjejas.

“Ini kerana, Aeon Credit menawarkan pelbagai pilihan produk berbeza antaranya kad kredit, pembiayaan peribadi dan pembiayaan kenderaan.

“Walaupun berlaku sentimen pembelian aset yang bergerak perlahan, namun kami mempunyai produk lain seperti skim pembayaran mudah pelanggan, kewangan untuk perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan insurans yang membantu pertumbuhan syarikat,” katanya selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Oh-Sem Perayaan 2015 di Kuala Lumpur, semalam.

Krishnappan berkata, sehingga kini, jumlah keseluruhan portfolio Aeon Credit bernilai lebih RM4.5 bilion.

“Dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini, penyumbang utama perolehan syarikat adalah pembiayaan kenderaan iaitu kereta dan motosikal,” katanya.

Menurutnya, Aeon Credit tidak bercadang menawarkan produk baharu, sebaliknya fokus meningkatkan khidmat pembiayaan kepada pelanggan dengan promosi lebih agresif.

Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran dan Jualan Aeon Credit, Kiyoaki Takano berkata, kempen bertemakan perayaan merupakan sebahagian cara syarikat memberikan penghargaan kepada pelanggan setia.

“Prinsip syarikat memastikan pelanggan menikmati ganjaran dan pengalaman berharga ketika menggunakan produk kami,” katanya.

Katanya, Aeon Credit turut menggalakkan pelanggan merebut peluang dengan kempen 'Tawaran Gegar Malaysia Sales’ yang akan berakhir pada 27 September ini.

Aeon mengumumkan 100  pemenang Kempen Oh-Sem Perayaan 2015, berlangsung 12 Jun hingga Ogos lalu.

Pemenang menerima hadiah bernilai RM440,000 melibatkan baucar, produk digital dan peralatan elektrik.

Kempen itu terbuka kepada pengguna Aeon Credit dan pembeli peralatan elektrik Toshiba dan Senheng.

0 Komentar untuk " Aeon Credit kekalkan momentum "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ