Permintaan pelaburan hijau dijangka meningkat - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Permintaan pelaburan hijau dijangka meningkat

PERMINTAAN bagi pelaburan hijau di Malaysia, dijangka meningkat kepada RM76.2 bilion pada 2030.

Pengerusi GreenTech Malaysia, Tan Sri Peter Chin Fah Kui berkata, terdapat keperluan yang mendesak untuk mengembangkan lagi sektor pembiayaan hijau global bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

"Selama bertahun-tahun, pelaburan dalam mitigasi iklim dan usaha hijau meningkat dengan ketara," katanya semasa menyampaikan ucaptama Forum Pembiayaan Hijau sempena Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Eko Antarabangsa Malaysia ke-6, semalam.

Forum yang membincangkan tajuk 'Menggerakkan Pembiayaan Awam dan Swasta untuk Pertumbuhan', dibarisi penceramah terkemuka dari Bank Dunia, Green Investment Bank UK, Connecticut Green Bank dan Clean Energy Finance Corporation.

Ia dianjurkan bersama Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) dan  Institut Kewangan dan Perbankan Islam Malaysia (IBFIM).

Forum itu bertujuan menggalakkan perbincangan mengenai dasar-dasar dan instrumen kewangan yang penting untuk membuka potensi pertumbuhan sektor hijau.

Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, Datuk Dr Adnan Alias berkata, forum itu dihadiri pemimpin terkemuka daripada sektor pembiayaan hijau global, yang bukan sahaja berpengetahuan dan berpengalaman, tetapi sanggup untuk berkongsi pandangan.

“Saya yakin perbincangan pada forum ini dapat membuka minda kita kepada peluang luas yang boleh dicapai industri pembiayaan hijau yang mantap, mengintegrasikan kemajuan ekonomi dengan amalan yang kukuh secara sosial dan mapan alam sekitar. Ini adalah selaras dengan objektif Rancangan Malaysia ke-11,” katanya.

Dengan Malaysia sebagai Pengerusi Asean 2015, forum itu merupakan platform penting bagi negara ini yang dilihat sebagai peneraju dalam pembangunan sektor pembiayaan hijau dalam Asean.

0 Komentar untuk " Permintaan pelaburan hijau dijangka meningkat "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ