MENGIKUT laporan Lembaga Tabung Haji, tahun lalu sejumlah 2 juta umat Islam terpilih dari seluruh dunia berada di Arafah untuk melaksanakan ibadah wukuf. Daripada jumlah itu, seramai 22,320 adalah jemaah haji Malaysia yang menunaikan rukun Islam kelima itu. Semuanya memakai pakaian ihram tanpa mengira pangkat dan darjat. Mereka berkumpul mengelilingi Kaabah dan berarak dari satu tempat ke satu tempat yang telah ditetapkan bersama jutaan manusia sambil melaungkan talbiah dengan ikhlas, tawaduk serta penuh keinsafan. Talbih itu yang bermaksud: "Ya Tuhanku, aku menyahut seruan Mu. Tiada sekutu bagi-Mu! Ya Tuhanku, aku menyahut seruan-Mu. Sesungguhnya segala kepujian dan nikmat bagi-Mu sahaja, dan kerajaan sebenarnya milik-Mu juga, tiada sekutu bagi-Mu (tiada Tuhan yang lain daripada-Mu)."
Zahir kesatuan ummah
Ibadah haji menzahirkan kesatuan, kekuatan ummah dan kehebatan individu Muslim. Di sinilah segala-galanya bersatu padu. Umat Islam dari seluruh dunia, jauh dan dekat, datang dengan pelbagai cara melalui jalan darat, laut serta udara, menempuh kesukaran semata-mata memenuhi seruan yang mulia ini. Gambaran itu bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan serulah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta kurus yang datangnya dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh." (Surah al-Hajj, ayat 27)
Prof Dr Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami pernah menyebut faedah bagi seseorang yang menunaikan haji iaitu dapat menyucikan jiwanya, menambahkan lagi tingkatan ihsan dalam beribadat di samping menambah dan meningkatkan iman serta keyakinan. Allah SWT memberikan pahala yang besar dan kemuliaan tinggi bagi orang yang melaksanakan ibadah ini dengan penuh keikhlasan. Mereka mengerjakannya sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW semata-mata mengharap keredaan Allah SWT.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang mengerjakan haji, dengan tidak melakukan perbuatan keji dan kefasikan, maka ia kembali (dari haji) dalam keadaan suci seperti hari ia dilahirkan oleh ibunya." Alangkah indahnya balasan bagi mereka yang melaksanakan Rukun Islam Kelima dan mampu meraih haji mabrur. Inilah tingkatan paling tinggi dan istimewa menjadi impian setiap Muslim. Rasulullah SAW bersabda: "Mengerjakan umrah sehingga umrah seterusnya adalah penghapus dosa di antara keduanya. Haji mabrur tidak ada balasan baginya melainkan syurga." (Riwayat Bukhari)
Ibadah tingkat amalan baik
Tanpa persediaan yang rapi menyebabkan ganjaran itu hanya tinggal angan-angan, malah kita tidak mampu meneruskan saki baki perjalanan yang sangat menguji minda dan fizikal itu. Hasilnya, ibadah haji yang dilakukan tidak mampu meningkatkan amal baik. Justeru, persediaan dari sudut rohani ialah memperbaiki niat dalam menunaikan haji. Jauhkan diri daripada perasaan riak, takbur atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan Allah SWT dan merosakkan amal ibadah yang mulia itu. Bersihkan jiwa melalui taubat yang bersungguh-sungguh disamping memperbanyakkan doa supaya dijemput sebagai tetamu-Nya.
Persiapan dari sudut ilmu hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu yang bersangkut paut dengan rukun, sunat, makruh atau haram haji. Ia boleh dilakukan dengan mempelajarinya melalui kursus, seminar atau bengkel dan membaca buku. Disamping itu, kita boleh menambah pengetahuan daripada pengalaman mereka yang pernah menunaikan ibadah haji. Sementara persediaan dari sudut mental dan fizikal pula, peliharalah tubuh badan dengan mengambil makanan halal serta baik dari sudut khasiatnya. Pastikan semua perbelanjaan harta haji daripada nafkhah dan usaha yang halal. Marilah kita sentiasa mempersiapkan diri dalam rangka mencari keredaan Allah SWT supaya dikurniakan haji mabrur.
Berusaha jadi tetamu Allah
Berusahalah untuk menjadi tetamu Allah SWT di Baitullah seterusnya melengkapkan Rukun Islam Kelima. Semoga kita diberi kesempatan itu. Bersama kita mendoakan bakal haji: "Ya Allah, jadikanlah haji mereka haji yang mabrur, sa'ie mereka sa'ie yang disyukuri dan dosa mereka dosa yang diampuni. Ya Allah, kami memohon dalam perjalanan mereka kebaikan, takwa dan segala amalan yang Engkau redai. Mudahkanlah perjalanan mereka ini dan dekatkanlah jarak mereka yang jauh. Kurniakanlah kepada mereka kesihatan dalam menyempurnakan Rukun Islam Kelima ini. Dengan rahmat-Mu ya Allah, wahai yang paling Mengasihani daripada segala yang Mengasihani."
Firman Allah SWT yang bermaksud: "(Masa untuk mengerjakan ibadah) haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadah haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadah haji. Dan apa juga kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri; dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)." (Surah al-Baqarah, ayat 197)
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/81249

0 Komentar untuk " Ibadah haji uji minda, fizikal perlu persediaan rapi "