CERITA imam Masjid Negara kena tampar oleh seorang warga India baru-baru ini, yang tersebar seperti api membakar sekam sudah tidak heboh lagi.
Kemungkinannya ada dua sebab; pertama, yang bertindak biadab menampar imam itu bukan saja-saja melakukannya, tetapi disyaki mengalami masalah mental.
Kedua, dunia ini - Malaysia tidak terkecuali - terlalu banyak dengan kisah-kisah besar, menarik dan di luar dugaan sehingga membuatkan kita cepat mencicirkan cerita lama untuk berpaut kepada cerita baharu.
Namun, saya masih ingin berkongsi dengan apa yang saya sebut dalam cetusan lalu, iaitu mengenai Masjid Negara, khazanah negara yang rapat dengan jiwa saya.
Pertama kali saya ke Masjid Negara adalah pada 1969, dua tahun selepas ia dirasmikan.
Saya dengan rakan sedarjah, Allahyarham Nasir, anak Allahyarham Tan Sri P Ramlee - moga diberkati ALLAH - dan seorang kawan dari kampung, jelajah segenap sudut masjid yang menelan kos RM10 juta itu.
Sungguh terpesona kerana tidak pernah melihat masjid sebesar dan seindah itu.
Sehingga Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah wujud di Shah Alam (dirasmikan pada 11 Mac 1988), Masjid Negara adalah antara masjid termoden di Asia Tenggara.
Tetapi itu bukanlah bibit-bibit awal keakraban saya dengan masjid tersebut. Jalinan kasih antara saya dan Masjid Negara sebenarnya bermula lama sebelum itu.
Ketika dalam darjah satu pada 1957, seperti semua murid Sekolah Umum Dato’ Keramat, Pulau Pinang - dan saya percaya tiap-tiap murid di semua sekolah di semenanjung, Sabah dan Sarawak juga - saya diberi kertas manila sebesar bata.
Terdapat 20 ruang pada kertas itu. Setiap ruang dicap dengan gambar syiling 5 sen. Kami masing-masing diberi peluang menderma 5 sen sebanyak 20 kali untuk cukupkan RM1.
Ramai daripada kami, termasuk saya yang hanya membawa 10 sen ke sekolah setiap hari, ambil masa lebih dua bulan untuk cukupkan sumbangan RM1 itu.
Walaupun hanya RM1, walaupun ambil tempoh yang lama, kami bangga dapat menyumbang untuk sebuah masjid yang akan terus wujud hingga kiamat. Insya-ALLAH.
Saya jangka ramai tidak sedar, iaitu pada 27 Ogos lalu, genaplah usia Masjid Negara 50 tahun. Entah berapa juta manusia sudah melawatinya, tak tahulah berapa juta umat pula sudah mendirikan solat di situ.
Mudah-mudahan masjid itu terus menjadi asbab bagi menyebarkan syiar dan beri hidayah kepada umat manusia di seluruh dunia.
Ia sudah menjadi tempat pertemuan umat untuk menimba ilmu, melahirkan ilmuwan dan mengadakan forum dan ceramah. Sudah banyak kali juga kawasan masjid itu dijadikan, antara lain, tempat peserta demonstrasi.
Pelbagai acara dan program diadakan di situ silih berganti, Tentunya sangat baik jika ia turut mempunyai program khas untuk menunjukkan keajaiban Islam dan kebenaran agama suci ini kepada ramai pelancong bukan Islam yang mengunjunginya setiap hari, melalui persembahan video dan sesi penerangan. Harap-harap sudah ada.
Yang saya turut terfikir adalah mengapa cara sumbangan yang kami alami dahulu itu tidak diulangi lagi!
Setelah 58 tahun merdeka, setelah keadaan ekonomi negara berkembang, mungkin ada yang anggap sumbangan RM1 tidak relevan lagi kerana ia seumpama melepaskan setitik air ke lautan.
Banyak cara dianjurkan untuk mendapat sumbangan. Tentunya pihak berkaitan sudah dan boleh terima derma daripada jutawan, hartawan dan dermawan.
Mungkin negara-negara kaya lain sedia menghulurkan derma untuk pembinaan masjid kita, mungkin kerajaan sendiri ada peruntukan untuk pelaksanaan projek sedemikian. Wallahualam!
Saya kira sebahagian besar murid negara ini, dengan sokongan keluarga, akan sedia menyumbang berganda-ganda daripada apa yang kami anak orang kampung derma hampir 60 tahun lalu. Tapi kalau pun RM1, apa salahnya! Kan itu boleh menjadi pencetus semangat kesetiaan kepada negara dan keakraban dengan khazanah negara. Murid-murid pun ingin menderma juga.
Berdasarkan statistik, sehingga akhir tahun lalu, Malaysia ada 7,760 sekolah rendah, 2,394 sekolah menengah. Dicampurkan dengan murid prasekolah, terdapat 5,120,802 murid. Kalau guru yang seramai 419,820 orang turut menyumbang, bayangkan jumlah sumbangan yang dapat dikumpulkan melalui derma.

0 Komentar untuk " Murid-murid pun nak derma juga "