BERGANTUNG pada situasi dan niat, istilah-istilah biasa seperti ‘demokrasi’, ‘media bebas’ dan ‘keadilan’, boleh membawa padah. Seorang warga kota mungkin tersilap guna, dan kata-kata berkenaan telah mengheretnya ke balai polis.
Isnin lalu, masih dalam semarak merdeka, wanita berusia 38 tahun itu telah dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk disoal siasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyinggung perasaan. Beliau dibebaskan setelah diambil keterangan.
Seperti yang disiarkan media, wanita tersebut dikatakan telah melepaskan tujuh belon di pusat beli-belah mewah Pavilion pada satu acara yang dihadiri oleh beberapa tetamu VVIP, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Belon yang dilepaskan dari tingkat lima itu menarik perhatian umum yang sedang menonton persembahan tarian semasa pembukaan ‘DiverseCity 2015: Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur’.
Belon-belon itu sebenarnya biasa, sama seperti yang selalunya dilihat pada majlis sambutan hari kelahiran anak-anak. Tetapi menjadi luar biasa dan diperhatikan umum kerana di atasnya tertulis perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris: Democracy, Justice, dan Free Media.
Lebih luar biasa lagi kerana kesemua belon tersebut berwarna kuning – warna yang sehari dua ini tidak digemari oleh sesetengah pihak, tetapi telah memenuhi banyak ruang di ibu negara, terutama di sekitar Dataran Merdeka.
Sekiranya tujuh belon berkenaan berwarna merah, biru, putih, hijau hatta kelabu tahi anjing atau lain-lain warna, mungkin tiada siapa ambil peduli.
Almaklumlah, warna bagi sesetengah orang, adalah kekuatan. Dulu warna hijau menjadi momokan, kini kuning pula menjadi igauan ngeri.
Apa pun belon kuning itu tidak lama berlegar di udara dan akhirnya tergolek-golek di belakang pentas utama sebelum kemudiannya dipecahkan oleh petugas keselamatan pusat beli-belah tersohor itu.
Tentu sekali polis berhak untuk menyiasat. Itu memang salah satu tanggungjawab polis. Sementelahan pulalah sehari dua ini polis memang memanggil banyak orang untuk membantu siasatan, gara-gara KL dipadati warna kuning.
Tidaklah diketahui apa hasil siasatan belon. Tetapi sekiranya warna kuning dan perkataan-perkataan tersebut memang mempunyai unsur-unsur menyinggung perasaan, umum ingin tahu apa agaknya tindakan dan hukuman yang akan dikenakan terhadap wanita belon itu?
Tidak sahaja pada belon orang kita melepaskan perasaan marah dan kecewa dengan meluahkan kata-kata tertentu di mana-mana ruang dan saluran. Mereka mencaci, memaki hamun, dan mencerca di media sosial, setiap hari setiap saat.
Masuklah ke tandas awam kita akan melihat lakaran dan contengan dengan macam-macam perkataan, antaranya: ‘Tolak Pengamal Rasuah’, ‘Darah Kita Dicekik, Ayoh Bertindak’, ‘Bogelkan Pembodek Untuk Tontonan di Dataran Merdeka!’, dan bermacam lagi kata-kata.
Tembok dan dinding-dinding di laluan awam juga dijadikan tempat meluah perasaan. Ramai orang kita, terutama remaja, melepaskan meluat dengan lakaran dan contengan. Mereka berbakat menjadi artis dan pelukis perasaan.
Akhir-akhir ini mereka meluahkan perasaan di atas poster dan pembidai. Dua hari lalu saya menerima sekeping stiker yang diletakkan dalam peti surat.
Pelekat berwarna putih selebar tiga jari itu memang untuk diletakkan pada bahagian belakang kenderaan.
Ada tertulis perkataan Too Close!, memberi peringatan supaya pemandu di belakang tidak terlalu rapat. Pesanan itu amat positif.
Dalam keadaan di mana kemalangan jalan raya terus meningkat – lebih 5,000 maut setiap tahun – kata-kata Jangan Memandu Terlalu Rapat, adalah satu nasihat berguna.
Cuma di bawah pesanan tersebut ada tambahan kata-kata yang tidak manis, dalam bahasa Inggeris: #Don’t Be Cibai. Sekiranya diterjemahkan ke bahasa Melayu maknanya ialah Jangan Jadi Pukimak.
Pada saya kata-kata mencarut itu boleh menyinggung perasaan, sama seperti kata-kata pada belon kuning. Walaupun di atas kertas berwarna putih, kata-kata seperti itu tidak sepatutnya dijadikan hiasan pada pelekat kenderaan.
Saya boleh terima You Kiss You Pay @ Anda Cium Anda Bayar yang sebelum ini biasa kita lihat dilekatkan pada belakang kenderaan. Tetapi perkataan ci*** tidak sesuai.
Kot-kot satu hari nanti banyak lagi perkataan tidak senonoh – dan menyinggung – akan melekat di belakang kenderaan kita. Ini satu lagi gejala tidak bagus.
Apakah gejala ini membuktikan masyarakat kita hari ini – yang setiap hari berasa amat tertekan dengan pelbagai masalah – memang sudah betul-betul pada tahap ****mak?

0 Komentar untuk " Kuning dan budaya mencarut "