ALANGKAH cantiknya kalau hari ini kita semua dapat berkongsi satu perasaan sahaja, iaitu bergembira menyambut ulang tahun Hari Malaysia ke-52.
Walaupun nilai mata wang kita merosot, harga barang semakin naik akibat kesan cukai dan pihak-pihak yang sengaja menangguk di air keroh, dan suasana politik kita yang berserabut ekoran usaha mempertahankan kedudukan serta pertelingkahan berterusan, kita patut boleh terus tersenyum, kerana kita boleh lena dan negara kita masih aman.
Apa pun, kerajaan perlu bertindak bagi menjamin negara tidak muflis, peniaga pula perlu elak daripada mengambil kesempatan dan rakyat perlu belanja secara jimat.
Dalam kekalutan yang ada hari ini, kita seolah-olah tidak tahu yang mana satu perlu kita beri tumpuan.
Hari ini negara kita diselubungi dengan macam-macam peristiwa dan insiden dan akibatnya, kita menyambut ulang tahun Hari Malaysia dengan perasaan bercampur.
Kebelakangan ini kita berhadapan dengan banyak isu yang menyedih lagi membimbangkan.
Jumaat lalu, dunia terkejut dan bersedih dengan kejadian kren yang tumbang di Masjidil Haram hingga mengorbankan kira-kira 110 jemaah dan mencederakan lebih kurang 240 orang.
Kita di Malaysia tidak terkecuali. Lima jemaah kita terkorban dalam tragedi yang disahkan berpunca daripada ribut.
Video menunjukkan keadaan panik dalam kalangan jemaah yang berada di sekitar kawasan kejadian.
Turut disebarkan adalah gambar menunjukkan pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz, bersama-sama mengusung keranda jenazah seorang jemaah yang terkorban akibat kren tumbang itu ke tanah perkuburan. Jika ia tulen, tindakan Raja Saudi itu sangat terpuji dan perlu menjadi teladan di kalangan pemimpin.
Kita ucapkan takziah dan berkongsi kesedihan yang ditanggung waris, anggota keluarga dan sanak-saudara mereka yang terkorban di Tanah Suci. Moga-moga mereka ditempatkan bersama para soleh dan solehah.
Kepada yang cedera, kita doakan mereka sembuh secepat mungkin. Amin.
Ada yang mahu tahu, apakah kepentingan keselamatan antara 2 dan 3 juta jemaah yang ada di Tanah Suci untuk mengerjakan haji dan umrah setiap masa diberi keutamaan tinggi.
Mereka yang pernah ke sana tahu kerja pembinaan, pembesaran dan penambahbaikan di dalam dan sekitar Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah berterusan seperti tiada penghujungnya.
Sebab itu dalam keadaan kesesakan, lebih-lebih lagi di musim haji, jentera seperti kren yang boleh mendatangkan mudarat kepada jemaah barangkali patut ditiadakan.
Kalau pun bukan kesilapan manusia, bencana alam seperti ribut dan hujan lebat boleh menyebabkan kemalangan dan kehilangan nyawa serta kecederaan seperti apa yang kita saksikan Jumaat lalu.
Tragedi lebih besar pernah berlaku di sekitar tanah suci itu, termasuk kematian dan kecederaan dalam kebakaran dan akibat tabiat tolak-menolak di kawasan yang sesak dengan jemaah.
Yang mengorbankan paling ramai jemaah setakat ini di Tanah Suci adalah akibat tragedi di terowong Muassim, dekat Mina pada awal 1990.
Pertembungan antara jemaah pelbagai negara dalam terowong itu mengorbankan lebih 1,400 jemaah akibat sesak nafas, terpijak, jatuh jambatan dan sebagainya.
Ketika tragedi itu berlaku, saya baru 15 minit sahaja keluar dari terowong itu untuk ke khemah, selepas melontar. Tragedi itu, pada saya, berpunca daripada sikap tidak bertoleransi sesama jemaah, bukan bencana alam. Yang berlaku Jumaat lalu pun sepatutnya boleh dielakkan jika kren tiada di kawasan Masjidil Haram ketika jutaan jemaah berada di situ.
Keadaan panik juga berlaku ketika kebakaran khemah di Mina pada 1995 yang meragut 340 nyawa dan kes terpijak yang mencacat kematian 251 jemaah di jamrah tiga tahun kemudian.
Kepada jemaah di Tanah Suci sekarang, kita doakan mereka mendapat haji mabrur dan kembali ke tanah air dengan selamat.
Di dalam negeri, kita nampaknya ‘berpesta’ sungguh hari ini, dengan beribu-ribu orang Melayu keluar untuk Perhimpunan Baju Merah di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Ia dikatakan untuk membantah perhimpunan BERSIH 4.0 yang berlangsung pada 29 dan 30 Ogos lalu.
Penganjurnya berjanji tiada kekecohan hari ini. Kita harap begitulah.
Di samping ‘pesta’ itu, kita juga menanggung masalah jerebu akibat tindakan pihak yang membakar hutan di Indonesia, hingga ramai yang sakit tekat dan ribuan murid tidak ke sekolah. Malang!

0 Komentar untuk " Kisah Makkah, baju merah, jerebu "