LAU (bukan nama sebenar) berjumpa rakan lamanya, Suzanne dan berborak mengenai kehidupan serta pencapaian kewangan mereka. Suzanne mendapati Lau lemah dalam pengurusan kewangannya, lebih-lebih lagi simpanannya selepas bersara dalam beberapa tahun lagi.
Bekerja hampir 30 tahun, dengan pendapatan sekitar RM5,000 sebulan dianggap tidak cukup bagi mereka yang akan bersara dalam beberapa tahun lagi. Walaupun isteri Lau bekerja, namun pendapatan isterinya hanya cukup menampung perbelanjaannya dan pembiayaan anak-anak sahaja.
Bagi mengatasi masalahnya, Suzanne mencadangkan Lau melabur untuk menambahkan pendapatan.
Selepas mendengar penjelasan dari rakannya itu, Lau bersemangat dan tidak sabar untuk memulakan pelaburan.
Dengan tidak mempunyai ilmu, Lau melabur dalam saham yang berisiko tinggi.
Pada permulaannya, nasib Lau begitu baik. Sahamnya melonjak dan mendapat untung berlipat kali ganda. Selepas untung beberapa kali, Lau rugi dengan banyak akibat kejatuhan sahamnya selain sikap tamak untuk cepat kaya.
Lau rugi hampir RM60,000. Habis semua simpanannya terpaksa digunakan untuk menampung rugi. Lau sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan semula semua wang pelaburannya.
Lau terlihat iklan mengenai AKPK dan terus mendapatkan bantuan. Kaunselor AKPK menasihatkannya, walaupun pelaburan sesuatu yang digalakkan untuk meningkatkan tabungan, tetapi, harus mempunyai pengetahuan dan mengenalpasti jenis-jenis pelaburan yang sesuai dengan kita mengikut risiko yang kita inginkan. Pulangan yang tinggi menjanjikan risiko yang juga tinggi.
Kaunselor AKPK menunjukkan cara-cara membuat bajet dan aliran tunai untuk membina kembali tabungannya. Lau juga dinasihatkan untuk hidup di bawah kemampuan agar kedudukan kewangan pulih seperti biasa.

0 Komentar untuk " Kenali dahulu jenis pelaburan "