Fareeda sedia servis 'door to door' - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Fareeda sedia servis 'door to door'

SYARIKAT pengeluar tudung eksklusif, Fareeda Global Resources Sdn Bhd meningkatkan perkhidmatan dengan memperkenalkan servis door to door sebagai menghargai pelanggan setia mereka.

Pengarahnya, Mawar Abdul Karim berkata, perkhidmatan itu diperkenalkan untuk mendekati pelanggan secara menyeluruh dengan memberikan kemudahan tempahan secara panggilan telefon, atas talian (online) dan juga media sosial.

Menurutnya, perkhidmatan tersebut membolehkan pelanggan Fareeda mendapatkan tudung tanpa berkunjung ke butik.

“Banyak maklum balas yang kami terima mengenai kesukaran pelanggan mendapatkan tudung di butik kerana kekangan masa dan bekerja. Jadi, inilah perkhidmatan ini adalah penyelesaian kepada masalah tersebut.

“Perkhidmatan door to door ini akan memberi keselesaan kepada pelanggan kerana menjimatkan masa dan membolehkan mereka mendapatkan tudung terbaharu,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran perkhidmatan Door to Door dan tudung Mawar Fuchsia, semalam.

Mawar berkata, walaupun servis itu diperkenalkan, tetapi sistem bernombor di butik masih dikekalkan seperti biasa.

Operasi perkhidmatan itu akan bermula pertengahan September ini dan penghantaran bergantung kepada permintaan dan kawasan.

“Kawasan liputan Lembah Klang antaranya Kuala Lumpur, Shah Alam, Bangi, Putrajaya. Fareeda juga merancang meluaskan kawasan penghantaran ke Kelantan dan Pulau Pinang pada Oktober depan.

“Kami juga akan memperkenalkan perkhidmatan ini di Johor sebagai menghargai pelanggan setia kami di sana, danmelantik ejen untuk membuat perkhidmatan ini” katanya.

Mawar berkata, selain tudung Eksklusif Fareeda, terdapat barangan ditawarkan dalam perkhidmatan itu seperti aksesori, jam, beg, pin, power bank dan sebagainya.

"Proses penghantaran menggunakan perkhidmatan itu mengambil masa 24 jam hingga tiga hari bergantung kepada kawasan," katanya.

Mawar Fuchsia sasar golongan muda

Fareeda memperkenalkan instant shawl iaitu Mawar Fuchsia yang memberi kelainan di mana selendangnya dilengkapi dengan anak tudung.

Material yang digunakan ialah kain sifon dan mempunyai pelbagai jenis corak dan padanan warna yang menarik.

"Tudung terkini ini, dilihat lebih kepada fesyen wanita muda pada masa kini yang gemar berfesyen.

"Harga jualan Mawar Fuchsia sangat mampu milik iaitu serendah RM90,” katanya.

Katanya, tudung terkini Fareeda ini sangat mudah digayakan dan tidak mengambil masa lama serta boleh digayakan dalam pelbagai majlis dan aktiviti.

Pada majlis itu, kira-kira 3,000 tetamu hadir dan dihiburkan dengan penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah.

Rangkaian pengikut Fareeda mempunyai seramai 1.5 juta di laman sosial.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pemasarannya, Fizo Omar berkata, Fareeda kini dalam kajian menghasilkan tudung kalis air.

“Kami mendapat kerjasama dengan syarikat rakyat Malaysia di Jepun. Ia akan diperkenalkan dalam tahun ini dengan mengekalkan trademark Fareeda iaitu kain siffon dan materialnya.

“Pada masa sekarang, ia masih dalam proses penyesuaian dengan keadaan di negara ini dengan menggunakan teknologi hidro fiber.

“Tudung ini istimewa kerana ia tidak mempunyai kesan apabila terkena air atau makanan,” katanya.

Tambahnya, sebagai usaha meluaskan pemasaran Fareeda, butik ke-11 Fareeda akan dibuka di Johor dalam masa terdekat.

Shampoo by Mawar untuk wanita bertudung

Kerap menerima pertanyaan mengenai masalah pemakaian tudung, Fareeda akan memperkenalkan Shampoo by Mawar yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.

“Syampu tersebut akan berada di pasaran pertengahan September ini. Produk ini diharap membantu pelbagai masalah dihadapi antaranya gatal dan kesan peluh apabila seharian bekerja di luar.

“Istimewanya syampu ini menggunakan habbastussauda. Ia mengandungi sejenis herba yang dianggap rumpai atau nama saintifiknya eclipta prostrata. Ia menggalakkan pertumbuhan rambut, sebagai tonik rambut, menjadikan rambut hitam dan membantu merawat keguguran rambut," katanya.

Selain itu, ia juga mengandungi cuka epal yang berfungsi menguatkan rambut dan melembapkan kulit kepala.

0 Komentar untuk " Fareeda sedia servis 'door to door' "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ