TEMPOH 26 tahun bukanlah masa yang boleh dipandang enteng dalam dunia perniagaan kerana dalam jangka masa tersebut, pelbagai kemanisan dan kepahitan dapat dirasai bagi mereka yang bergelar usahawan.
Namun bagi pemilik Hakimah Bakery, Siti Hakimah Sheikh Abdul Rahman, tempoh tersebut cukup mematangkannya dalam rencah dan ragam alam perniagaan.
Mula berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual makanan segera dan sejuk beku seperti karipap di belakang rumah, kemudiannya berjinak-jinak menyewa tapak pasar tani untuk menjual produknya.
“Pada 1999, saya mendaftarkan perniagaan secara rasmi, tetapi sebelum itu saya sudah berniaga kerana minat dalam bidang makanan bermula dari sekolah dan terus berkembang selepas menamatkan pengajian.
“Saya suka melihat apabila orang sekeliling makan kuih dan biskut saya dan kemudian mereka memberi maklum balas mengatakan ianya sedap,” katanya.
Tambahnya, pelanggan suka biskut dan kuih buatannya hingga ada yang bertanya di mana boleh dapatkannya, dan dari situlah dia mula menjual.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini pernah menjadi peniaga pertama di Kuantan yang membekal produk makanan kepada kedai serbaneka 24 jam 7 Eleven ketika pertama kali dibuka di sana.
“Saya membekalkan produk makanan seperti nasi lemak, biskut dan roti untuk tempoh dua tahun dan kemudian saya berhenti kerana tidak mampu menguruskannya seorang,” katanya.
Tiada tempahan ketika gawat 1997
Tidak lengkap rasanya menjadi usahawan berjaya jika tidak mempunyai halangan dan rintangan dalam menjalankan perniagaan terutamanya bagi yang bertahan untuk tempoh lama.
Dugaan paling besar dihadapinya selama bergelar usahawan adalah ketika negara dilanda kegawatan ekonomi 1997 dan 1998.
“Pada masa itu keadaan memang teruk, saya tidak menerima apa-apa tempahan dan terpaksa bertukar menjual kuih-muih di waktu pagi bagi memastikan perniagaan terus bertahan.
“Tetapi bukan mudah untuk menjual kuih-muih kerana kita perlu bangun awal pagi menyediakannya, dan kerana minat berniaga masih tebal, saya tetap cekalkan hati untuk menghadapinya,” katanya.
Hasil jualan yang diterima ketika itu tidaklah banyak memandangkan pelanggan bukan sentiasa membeli kuih-muihnya setiap hari.
“Kami juga berdepan dengan kejatuhan hasil jualan apabila tibanya musim buah-buahan kerana orang ramai lebih gemar makan buah berbanding biskut,” katanya.
Situasi sama turut dirasainya sekarang memandangkan nilai mata wang negara semakin rendah.
“Saya banyak menggunakan bahan-bahan mentah yang diimport seperti badam, mentega dan kismis untuk membuat biskut, jadi harganya memang meningkat sekarang,” katanya.
Jangan tinggalkan solat
Anak kelahiran Pahang ini juga tidak lokek berkongsi nasihat buat usahawan baru menceburi bidang perniagaan mahupun sudah lama berniaga.
“Apabila kita bergelar usahawan, perkara pertama yang perlu ada dalam diri kita ialah tidak mudah mengalah dan berputus asa kerana setiap langkah yang kita mulakan pasti akan ada dugaan di hadapannya.
“Apa yang penting kita perlu sabar dan yakin dengan diri sendiri. Kita juga perlu terima nasihat daripada sesiapa sahaja yang menegur untuk memperbetulkan kita kerana kadang-kadang kita tidak sedar apa yang dilakukan betul atau tidak,” katanya.
Siti Hakimah berkata, sebagai Muslim, solat lima waktu mesti ditunaikan walaupun sesibuk mana menguruskan perniagaan.
“Selain itu, solat sunat Dhuha dan Tahajud juga perlu dilaksanakan untuk memastikan kita mendapat keberkatan dan rezeki daripada ALLAH serta merasakan nikmatnya kerja yang kita lakukan,” katanya.
Ditanya mengenai pasaran biskut keluarannya, dia tidak suka meletakkan produknya di pasar raya kerana sering mendapat maklum balas negatif daripada kawan-kawan seperjuangannya.
“Lagipun saya lebih suka mempromosi sendiri produk saya melalui ejen di beberapa negeri terpilih kerana kaedah ini membantu pelanggan mengenali biskut Hakimah dengan cepat.
“Biskut yang paling mendapat sambutan adalah Biskut Japanies dan Kuih Bangkit Kelapa Muda,” katanya.

0 Komentar untuk " Hakimah Bakery: Hampir tiga dekad jadi usahawan "