Buka peluang perniagaan PKS - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Buka peluang perniagaan PKS

BIARPUN baharu menggalas tugas sebagai Pengarah Mara Negeri Selangor lapan bulan lalu, Rusnah Yusoff beranggapan label suram yang sering dilemparkan kepada Anggerik Mall tidak benar.

Dari segi statistik, Rusnah berkata, purata pengunjung antara 500 hingga 800 setiap hari ke pusat membeli belah itu walaupun tempoh operasinya lebih pendek berbanding lokasi lain.

"Jumlah pengunjung berkurangan pada waktu malam kerana waktu perniagaan bermula jam 9 pagi hingga 8 malam sahaja.

"Ramai salah tafsir Anggerik Mall tidak menerima kunjungan pelanggan namun situasinya berbeza jika anda datang sendiri ke sini," katanya.

Katanya, kompleks tersebut merupakan pasar raya kecil dan tidak setaraf pasar mega seperti AEON, Sogo ataupun Parksons yang mempunyai lebih banyak pilihan.

Katanya, kewujudan Anggerik Mall lebih terarah kepada membuka peluang untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera mendapatkan pengalaman berniaga.

"Kami kini dalam proses untuk menarik semua golongan berkunjung ke kompleks ini dan memaksimumkan bilangan penyewa supaya setiap ruang kosong dimanfaatkan.

"Pelbagai jenis perniagaan, produk atau perkhidmatan dialu-alukan dan kami menyedia banyak infrastruktur lebih selesa kepada peniaga," katanya.

Dengan itu, pihak Mara mengadakan pelbagai program keusahawanan setiap bulan untuk memberi peluang perniagaan kepada mereka yang berminat di luar sana.

Konsep Halal Mall

Bagi menarik lebih ramai pengunjung, Mara akan melakukan penjenamaan semula Anggerik Mall dengan mewujudkan hab herba dan rawatan fisioterapi.

Katanya, salah satu langkah adalah menerapkan konsep Halal Shoppe dan Halal Mall agar dapat mengimarahkan pusat itu.

"Kita dalam proses mendapatkan persijilan halal untuk gerai makan manakala ISO19000 bagi pejabat dan makanan bukan runcit.

"Sejajar dengan Malaysia sebagai Hab Halal, kami juga menyahut seruan itu dengan menerapkan konsep Halal Mall yang begitu sinonim dengan masyarakat hari ini," katanya. Katanya, pelbagai usaha naik taraf giat dilakukan pihaknya supaya pengunjung dan peniaga dapat menikmati keselesaan ketika berada dalam bangunan itu.

Bahkan pihaknya turut mengekalkan sewa bulanan kedai sejak ia dibuka lapan tahun lalu agar tidak membebani peniaga dengan kos sewa tinggi.

Tambahnya, kemeriahan pengunjung lebih terasa ketika bulan Ramadan sehingga mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi ketika itu.

Beliau berharap keadaan itu berterusan bukan sahaja musim perayaan seperti Aidilfitri bahkan di bulan lain.

"Kebanyakan pengunjung mengenali Anggerik Mall kerana gerai makanan di sini menawarkan harga berpatutan serta sedap.

"Selain promosi berterusan, kami akan memanjang tempoh perniagaan seperti kafe dan trak makanan hingga lewat malam," katanya.

Harapannya, usaha pihak Mara tidak terhenti di situ sahaja bahkan pelbagai perancangan sedang disusun demi meningkatkan jualan di Anggerik Mall.

0 Komentar untuk " Buka peluang perniagaan PKS "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ