DALAM perniagaan bersatu adalah sangat penting. Sesuatu perniagaan mahupun negara mampu berjaya dan bersaing apabila memupuk nilai-nilai murni itu, demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Vivie-E Wellness Sdn Bhd, Basrie Omar.
Mengambil contoh Korea yang dahulunya kucar-kacir, kini negara itu sudah maju malah mampu menerajui pasaran antarabangsa.
Basrie berkata, jika Korea mampu membangunkan negara dan dikenali serata dunia dengan adanya sikap bersatu, tidak mustahil suatu hari nanti, orang Melayu juga mampu berjaya jika mengamalkan cara yang sama.
“Kita lihat sahaja orang Melayu yang berada di luar negara, mereka boleh berjaya dan maju kerana di luar negara komuniti mereka kuat. Mereka bersatu dan menjadi akrab dalam banyak perkara. .
“Mana ada orang Melayu yang berada di luar negara tidak sukses?” soalnya ringkas ketika ditanya apakah sikap yang perlu dipupuk di kalangan usahawan muda hari ini untuk terus berjaya.
Mengulas lanjut, Basrie berkata, masyarakat Bumiputera juga perlu lari dengan sikap mudah terikut-ikut.
Menurutnya, usahawan Bumiputera perlu belajar untuk mengubah cara mengikut-ikut trend perniagaan lain.
Katanya, usahawan jangan hanya berani memulakan perniagaan apabila melihat sambutan atau pertumbuhan perniagaan mahupun produk itu menjadi tarikan pengguna.
“Orang Melayu perlu berani mencuba perkara baharu. Sekiranya gagal itu bukan pengukur untuk tidak berjaya, sebaliknya kita belajar untuk berjaya.
“Elakkan merendahkan diri sendiri dan pastikan setiap kegagalan itu sebagai cara untuk mendidik diri untuk terus berjaya,” katanya.
Basrie yang sebelum ini mempunyai pengalaman bekerja dengan syarikat luar seperti Jepun dan Amerika Syarikat (AS) juga menyifatkan perniagaan adalah satu pengorbanan.
Katanya, pengorbanan itu tidak kiralah sama ada daripada segi hawa nafsu mahupun masa.
Jangan mudah terikut-ikut dengan hawa nafsu untuk mencuba perniagaan lain selagi perniagaan yang satu lagi belum kukuh.
Apa yang penting untuk terus bertahan di dalam pasaran adalah tumpuan perlu diberikan kepada satu-satu perniagaan yang ingin diusahakan sebelum mencuba sesuatu perniagaan lain.
Perniagaan sekarang ada pasang surutnya
Basrie tidak menafikan dengan ekonomi semasa, perniagaan sudah pastinya ada pasang surutnya.
“Ketika kami (Vivie-E) mula masuk ke dalam pasaran, kami berhadapan dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Kami tidak jadikan GST itu sebagai satu penghalang untuk syarikat kami terus maju ke hadapan dengan membawakan produk ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
Bagi Basrie, kejayaan sebenar syarikat diukur menerusi kejayaan dalam mengukuhkan hubungan di antara pelanggan dan juga perkhidmatan yang diberikan dan bukannya terhadap sasaran jualan yang diperoleh setiap bulan semata-mata.
Basrie turut menasihati usahawan apabila berhadapan dengan kegagalan ia perlu dikaji untuk melihat di mana kesilapan yang dilakukan sebelum ini.
“Dari situ kita boleh lihat sebab dan kenapa perniagaan itu gagal. Pada masa sama, sentiasa bersikap positif setiap kali berlakunya kegagalan,” katanya yang mengambil iktibar daripada pengalamannya sebelum ini.
Basrie turut menasihati untuk berjaya seseorang itu bukan sahaja perlu menjaga hubungan sesama manusia tetapi juga hubungan dengan ALLAH SWT dan ibu bapa.
Mula berniaga sejak kecil
Basrie bukanlah dilahirkan daripada kalangan keluarga yang berniaga.
Namun, minatnya di dalam dunia perniagaan itu bermula seawal di bangku sekolah rendah lagi.
Dilahirkan di Kampung Kepala Batas, Butterworth pada 1966, Basrie mengakui beliau merasa seronok berniaga.
Menurutnya, detik permulaannya mengenali apa itu perniagaan ialah ketika dia berniaga mi goreng yang dimasak oleh ibunya kepada kawan-kawan sekolah..
“Malah, ketika sekolah menengah, saya selalu meluangkan masa menolong menguruskan kedai makan di kampung secara suka-suka tanpa sebarang gaji kerana seronok sambil menimba ilmu perniagaan.
“Bukan itu sahaja, saya juga pernah menjual jeruk dan menjual burger ketika berusia 18 tahun. Namun, perniagaan itu hancur di tengah jalan,” katanya ketika menceritakan perjalanan hidup ketika menceburi bidang perniagaan.
Basrie juga mengakui tiada pengalaman dan menganggap semua mudah menjadikan perniagaan itu tidak berjaya.
Kegagalan itu tidak menghampakan Basrie. Dia sedar, dia perlu menimba ilmu yang pelbagai jika mahu berniaga.
Dia bertuah, pengalaman kerja selama hampir tujuh tahun sebagai penjaga stor sehingga memegang jawatan pengurusan di syarikat Jepun telah menjadikan dia ‘graduan’ dalam selok-belok perniagaan.
Tidak lama, Basrie akhirnya berhenti setelah yakin boleh berniaga dan mempunyai tawaran untuk menghasilkan produk yang boleh dibekalkan kepada beberapa syarikat gergasi Jepun yang bertapak di Malaysia pada era 80an.
“Ketika itu, saya dan rakan kongsi dapat peluang menjadi sub-kontrak dengan syarikat Jepun. Namun hanya bertahan selama tiga tahun,” katanya.
Kegawatan ekonomi dan perubahan teknologi tidak membolehkan syarikat milik Basrie yang ketika itu mempunyai lebih 300 pekerja untuk bertahan.
“Keputusan yang sukar tetapi terpaksa menutup perniagaan dan terus mencari peluang yang lain,” katanya yang mengakui lagi lama kita berniaga lagi banyak ilmu yang kita akan rasa kita kekurangan.
Tidak putus asa dan terus mencari peluang adalah perkara terbaik mampu dilakukan Basrie ketika perniagaannya tidak dapat diteruskan.
“Macam-macam pekerjaan saya lakukan selepas itu. Termasuk menjual mihun sup di bulan Ramadan, membuka restoran nasi kandar, menjual produk kecantikan dan kesihatan dan lain-lain,” ceritanya.
Hinggalah, Basrie akhirnya berjaya menubuhkan syarikat Vivie-E Wellness Sdn Bhd pada 2013.
Pengalaman jadi teladan
Berbekalkan pengalaman sebelum ini, Basrie berpegang terus terhadap falsafah Jepun dengan sedikit contoh terbaik yang di amal Rasullah SAW dalam ketika Baginda menjadi ahli perniagaan.
“Kejayaan bagi setiap ahli perniagaan memberi banyak makna. Ada yang anggap jika boleh bina empayar dengan bangunan pencakar langit itu adalah satu kejayaan, ada juga yang anggap adanya wang puluhan juta ringgit dalam akaun bank juga adalah satu kejayaan.
Namun bagi saya kejayaan sebenar adalah apabila saya berjaya melaksanakan semua prinsip-prinsip yang saya pegang dalam menjalankan perniagaan. Biar untung tidak berlipat kali ganda, asalkan kita jujur, ikhlas, ada prinsip, dapat menjaga hubungan yang baik
sesama manusia, dengan Allah SWT dan juga memberi kebahagiaan kepada keluarga dan ibu bapa, dan yang penting pelanggan kita mendapat manfaat dari perniagaan yang kita jalankan, ia adalah kejayaan bagi saya.
Kini, dengan pasukan di pihak pengurusan dan rakan niaga yang ada, Basrie mampu menghasilkan satu konsep yang menyeluruh untuk tiga Pusat Terapi Ozon yang sedang hangat diperkatakan iaitu di Shah Alam, Ampang dan Pulau Pinang.
Menurutnya, Pusat Terapi Ozon yang memfokus kepada perkhidmatan cuci darah dan kesihatan yang terbaik kebanyakannya diterajui golongan Bumiputera.
Dengan azam yang tinggi, Basrie berazam untuk menjadi peneraju di dalam bidang itu dengan membuka 100 pusat ozon seumpamanya di seluruh negara pada masa akan datang.
“Peluang perniagaan ini besar, cuma orang ramai masih tidak sedar tentang kebaikan mencuci darah,” katanya.
Dalam pada itu, bagi memenuhi keperluan pengguna yang tidak mampu membuat rawatan di klinik ozon itu, Basrie dan rakan kongsinya telah memperluaskan pasaran dengan menghasilkan air minuman menerusi jenama Vivie-E.
“Fungsinya adalah sama dengan rawatan di klinik ozon dan ia disasarkan kepada pengguna yang masih belum bersedia untuk melakukan rawatan cuci darah selain untuk kegunaan seharian bagi seisi keluarga,” katanya.

0 Komentar untuk " Vivie-E Wellness: Kita boleh maju apabila bersatu "