TANGLUNG merupakan sejenis bekas yang digunakan untuk melindungi lilin daripada tiupan angin, sama ada ketika berjalan pada waktu malam ataupun digantung di halaman rumah. Ia berfungsi sebagai lampu sebelum adanya kuasa elektrik.
Tanglung digunakan sejak 250 tahun sebelum Masihi lagi. Maka, ia mempunyai sejarah lebih dari 2,000 tahun.
Pesta tanglung, atau dikenali sebagai Mid-Autumn Festival (Pesta Pertengahan Musim Luruh), disambut pada hari ke-15 dalam bulan ke-8 kalendar Lunar ketika bulan sedang mengambang.
Fara Wong teringat sewaktu kecil, dia bermain tanglung dengan jiran-jiran di taman perumahan sambil diperhatikan oleh bapanya, Azran Wong. Begitu manis kenangan ketika kecil dahulu.
Hari ini, anaknya Hazman pulang ke rumah dengan muka yang muram. “Kenapa Man?”, tanya Fara. “Ustaz di sekolah Man kata, haram untuk merayakan perayaan agama lain, termasuklah tanglung”, ujar Hazman.
Fara termangu seketika. Bagaimana caranya untuk menerangkan kepada anaknya yang baru berumur 10 tahun? Kurang tepat apa yang dikatakan oleh ustaz itu. Benar, kita tidak boleh merayakan perayaan agama lain. Tiada bangkangan. Cuma mungkin ustaz itu tidak dapat membezakan antara perayaan budaya (festival) dan perayaan agama.
Ya, tanglung adalah satu perayaan kerana ada tarikh tertentu untuk menyambutnya, tetapi ia tiada kaitan dengan agama. Agama manakah yang merayakan tanglung? Adakah Buddha? Ataupun Confucius? Atau Taoisme? Tidak sama sekali.
Langsung tiada kaitan dengan agama. Walaupun tanglung ada digunakan dan digantung di kuil-kuil dan tokong-tokong ketika perayaan agama, itu tidak menjadikan tanglung itu suatu perayaan keagamaan.
Terdapat pelbagai legenda mengenai asal-usul pesta tanglung. Satu legenda mengenai Taiyi, Tuhan Syurga pada zaman kuno, yang mengawal takdir manusia dan mempunyai 16 naga. Terdapat pula legenda lain yang mengaitkan pesta tanglung dengan Tianguan, dewa Taoisme yang mengawal nasib manusia.
Ada banyak lagi legenda yang dikaitkan dengan tanglung. Ini tidak menghairankan kerana kebudayaan ini berusia lebih 2,000 tahun. Sememangnya akan wujud bermacam-macam legenda dan mitos.
Begitu juga beberapa kisah dongeng mengenai asal-usul kuih bulan, yang cukup sinonim dengan pesta tanglung. Salah satunya adalah mengenai bidadari bernama Chang-E yang diangkat ke bulan sebagai Dewi Bulan dan menyalakan cahaya di bulan.
Jika dilihat dari sudut asal-usul sesuatu kebudayaan, terdapat perbezaan ketara antara kisah dongeng dan legenda, atau sejarah. Walau apa pun legenda dan sejarahnya, yang pasti, pesta tanglung dan kuih bulan bukannya perayaan agama. Ia adalah
budaya Cina sejak turun-temurun.
Masyarakat Cina Muslim menyambut pesta tanglung dengan tidak membelakangkan syariat. Kuih bulan yang halal pun senang didapati sekarang ini.
Memang tidak dapat dinafikan, walaupun sesuatu kebudayaan atau perayaan itu tiada kaitan dengan agama, masih ada yang dilarang dalam Islam jika ia mempunyai unsur-unsur khurafat atau bertentangan dengan Islam.
Walau bagaimanapun, pesta tanglung tidak boleh didasarkan dengan cerita mitos atau legenda kerana tiada sesiapa lagi mempercayai mitos tersebut.
Sebagai contoh, adat menyarungkan cincin ketika berkahwin atau bertunang, itu sebenarnya adalah adat penganut Kristian. Umat Islam pada zaman Nabi dahulu, tiada upacara menyarungkan cincin ketika berkahwin. Mereka sekadar menghadiahkan sepasang kasut.
Begitu juga dengan sambutan hari lahir yang ada kek dan lilin, ia juga adat penganut Kristian. Biji tasbih pula berasal daripada agama Buddha. Ia kini digunakan oleh orang Islam ketika berzikir.
Contoh-contoh di atas menunjukkan betapa sesuatu adat atau amalan itu, yang pada mulanya menjadi amalan penganut agama lain, boleh diamalkan oleh umat Islam zaman sekarang kerana ia sudah tidak mempunyai unsur-unsur keagamaan yang asal.
Ini selari dengan konsep istihalah, iaitu berubahnya sesuatu dari tabiat asal atau sifatnya yang awal.
Begitu juga dengan pesta tanglung. Tiada lagi unsur-unsur mitos atau khurafat yang berkaitan dengan tanglung. Malah, ia boleh digunakan sebagai bahan dakwah. Contohnya dengan menulis kaligrafi Cina yang menyatakan liman Rukun Islam atau enam Rukun Iman di atas tanglung tersebut.
Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan dalam Islam.
Pada Fara, izinkan Hazman bermain tanglung.

0 Komentar untuk " Izinkan Hazman bermain tanglung "