BILAL bin Rabah adalah hamba Afrika, berkulit hitam yang dijual kepada bangsawan Quraisy. Tetapi beliau adalah insan yang begitu berkarisma sehingga berjuta-juta keluarga Muslim menamakan anak mereka ‘Bilal’ dan memanggil tukang azan sebagai ‘bilal’.
Sejuta Melayu berhimpun tidak semestinya dapat menandingi karisma seorang hamba yang bernama Bilal bin Rabah. Apa yang menjadikan karisma Bilal begitu hebat dan diingati lebih seribu 400 tahun?
Adakah kerana bangsanya? Tidak. Adakah kerana warna kulitnya? Tidak. Adakah kerana kekuatan fizikalnya? Sama sekali tidak.
Himpunan Baju Merah perlu tanya soalan paling utama, “Apakah yang membentuk karisma himpunan Merah ini?”
Adakah himpunan ini percaya bahawa karisma himpunan terletak pada ketuanan bangsanya? Terletak pada kekuatan fizikal menghimpun seramai Melayu yang mungkin? Terletak pada kecekapan bersilat?
Atau terletak pada perjuangan memartabatkan hak istimewa Melayu dan Bumiputera? Apakah hak istimewa warga Afrika yang mengharumkan karisma Bilal?
Apakah “tongkat” atau kerusi roda yang menaikkan karisma mereka yang bertongkat atau berkerusi roda?
“Ahad! Ahad! Ahad!” Inilah laungan Bilal bila dirinya tatkala dihempap batu dan diseksa teruk. Inilah jiwa merdeka walaupun jasadnya seorang hamba.
“Bangsa! Bangsa! Bangsa!” Adakah ini laungan mereka yang berkarisma seperti Bilal?
Mungkin kita yang belajar sejarah bertanya mengapa tentera Muslim tidak menakluki China pada zaman kegemilangan khilafah? Mengapa perlu menakluki China sedangkan tentera Muslim begitu berkarisma sehingga maharaja China mengaku lemah bila perisiknya memberitahu maharaja tentang akhlak tentera Muslim.
“Bila mereka bersolat, mereka susun begitu rapi, bahu ke bahu. Ada yang solat dan ada yang jaga. Selepas solat, mereka yang jaga pula bersolat dan mereka yang telah bersolat pula yang jaga. Apa yang menakjubkan ialah kami tidak nampak siapa pemimpinnya kerana pemimpinnya duduk bersama dengan tenteranya dan berpakaian dan makan seperti mereka. Tiada layanan istimewa untuk pemimpin mereka,” kata perisik kepada Maharaja China. “Wahai Maharaja, kita tidak mampu mengalahkan tentera seperti ini!”
Akhirnya, Maharaja China mengadakan perdamaian dengan tentera Muslim dan menggalakkan penghijrahan Muslim ke China. Bahkan Maharaja Hongwu, Dinasti Ming mengarang puisi khas memuji ajaran Nabi Muhammad SAW dan puisi ini terpahat di beberapa masjid di Nanjing, China sampai ke hari ini. Inilah karisma umat Islam dulu.
Kalau perisik-perisik dihantar untuk memerhati Himpunan Merah, adakah mereka akan nampak kesamarataan atau perbezaan status antara pemimpin dan rakyat kebanyakan walaupun sebangsa seagama?
Nabi Muhammad SAW memberitahu keadaan umat Islam pada masa hadapan. Kata Baginda bahawa satu hari nanti, umat Islam adalah ramai. Majoriti. Tetapi mereka ini umpama buih-buih di lautan.
Cuba bayangkan buih-buih di lautan, adakah ia solid? Dari jauh memang nampak banyak, tetapi hakikatnya ialah ia mudah pecah. Ia tidak mengawal haluan dirinya sendiri tetapi dikawal dan dihanyutkan oleh arus lautan. Jiwa kosong yang diperhambakan.
Di Malaysia, kita adalah majoriti dan memegang kuasa mengemudi negara tetapi berapa ramai umat Islam dihanyutkan oleh arus perdana? Salah siapa bila rasuah dan maksiat berleluasa?
Salah Cina DAP yang berideologi Liberal? Sahabat bertanya Nabi SAW mengapa umat Islam begitu ramai tetapi berakhlak seperti buih-buih di lautan? Maka, Nabi pun berkata bahawa mereka ini berideologi ‘wahan’. Nabi tidak kata bahawa keadaan umat Islam ini adalah disebabkan konspirasi Yahudi dan Kristian. Nabi tidak kata bahawa keadaan umat Islam ini adalah disebabkan ideologi liberal. Apa itu “ideologi wahan”?
Nabi jawab bahawa wahan adalah obses dunia dan benci maut.
Himpunan Merah perlu tanya soalan ini: adakah ideologi DAP atau ideologi wahan yang melemahkan umat Islam di Malaysia sehingga umat gagal berkarisma seperti Bilal bin Rabah dan seperti tentera Islam yang dikagumi oleh Maharaja Cina?
Jangan salahkan Cina DAP sahaja tetapi setiap bangsa dan penganut agama terdedah kepada ideologi wahan ini.
Melayu berkarisma bila perjuangan Bilal menjadi darah daging Melayu. Sejauh manakah Melayu memiliki roh merdeka Bilal?
* Abdul Naser Tun Rahman Ketua Biro Pendidikan Persatuan Cina Muslim

0 Komentar untuk " Himpunan Merah, Melayu rugi "