Ilmu tauhid adalah pangkal kepada segala ibadah. Seandainya umat Islam gagal menguasai ilmu ini, maka ibadahnya boleh dianggap kurang sempurna dan dibimbangi akan menjadi sia-sia. Mendalami ilmu tauhid adalah teras dalam kehidupan kerana pada peringkat awal memahami agama adalah dengan mengenal Allah. Jika manusia tidak mengenal Tuhan, kepada siapa mereka beribadah. Inilah yang ditekankan dalam mempelajari ilmu tauhid. Tauhid adalah fitrah dikurniakan kepada umat manusia. Melalui penciptaan Nabi Adam, ia adalah simbolik perlunya manusia mentauhidkan Allah SWT.
Justeru, konsep tauhid adalah penyebab kepada penciptaan seluruh alam ini kerana ia adalah gambaran kepada sifat Allah SWT yang Maha Agung dan Maha Pencipta. Tauhid adalah persoalan penciptaan dan kehidupan serta rahsia al-Quran diturunkan. Tauhid adalah hak Allah SWT yang sangat besar terhadap hamba-Nya.
Mantapkan pegangan tauhid
Justeru, dalam sejarah Rasulullah SAW mengembangkan Islam selama 23 tahun di Makkah dan Madinah, 13 tahun diperlukan oleh Baginda untuk memantapkan pegangan tauhid umat Islam. Dalam satu kisah, ketika Baginda mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman sebagai gabenor, Rasulullah memberikan wasiat agar menjadikan tauhid sebagai perkara utama yang harus ditekankan dalam dakwah Islamiah. Sabda Baginda SAW bermaksud: "Di sana, kamu akan berhadapan dengan ahli kitab. Maka, jadikanlah seruan utama kamu ialah mentauhidkan Allah SWT". Dalam riwayat lain menyebut: "Serulah kepada penyembahan kepada Allah dan kenabian Muhammad SAW." (Riwayat Bukhari, Muslim & Ahmad). Sehubungan itu, Baginda SAW seterusnya memberi jaminan syurga terhadap mereka yang memelihara kalimah tauhid dengan sabdanya bermaksud: "Sesiapa yang mengakhiri hidupnya dengan kalimah 'lailaha Illallah' dia akan mendapat syurga". (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Ini menunjukkan betapa pentingnya tauhid dalam menentukan kedudukan mereka di akhirat sama ada bahagia atau sebaliknya. Sesungguhnya, sekeping hati apabila dipenuhi dengan iman dan tauhid serta makrifat, maka ia akan menjadi bersih dan bercahaya. Ini adalah kerana pemilik hati mengetahui hakikat kewujudan makhluk di atas dunia ini. Dia tidak akan berasa takut dan tidak mengharapkan selain daripada Allah SWT. Dalam membicarakan persoalan ilmu tauhid, ibadah haji adalah antara ibadah amat sinonim dengan ilmu tauhid. Lafaz 'talbiyah' ketika mengerjakan haji adalah simbol tauhid bagaimana manusia memperbesarkan Allah. Lafaz ini adalah lafaz tauhid yang sentiasa dilaungkan sepanjang musim haji, sama ada ketika berihram, tawaf, sai, wukuf, bermalam di Muzdalifah, melontar, berada di Mina dan seluruhnya. Solat yang dilakukan dua rakaat selepas tawaf di belakang makam Ibrahim adalah simbol peringatan tetamu Allah kepada jasa Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah untuk meletakkan dasar tauhid bagi kehidupan manusia selepasnya.
Mereka yang melaksanakan ibadah haji digalakkan secara terus menerus mengucapkan 'talbiyah' "yang bermaksud: "Ya Allah, kami sentiasa menjawab panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, sesungguhnya segala pujian dan nikmat hanyalah milik-Mu, begitu juga seluruh kerajaan (langit dan bumi) hanyalah milik-Mu tiada sekutu bagi-Mu. " Lafaz ini menunjukkan bahawa akidah tauhid adalah tujuan Allah SWT mewajibkan ibadah haji. Mereka yang datang bukan kerana Allah atau akidah yang satu akan tertolak hajinya kerana dilakukan atas sebab selain daripada Allah SWT. Kaum Muslimin yang biasanya berseteru dan berselisih serta berpecah-belah, dalam kesempatan itu mengumandangkan satu kalimat dan satu ucapan sahaja. Mereka berpakaian yang sama dan mengucapkan kalimat yang sama. Imam Ibnu Hajar menceritakan bahawa Ibnu Abdil Barr menyebut : "Telah berkata sebahagian besar ulama bahawa makna 'talbiyah' yang diucapkan ketika haji adalah jawapan kepada panggilan Nabi Ibrahim ketika memberitahu manusia untuk menunaikan haji". Seruan itu diabadikan oleh Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: "Serulah kepada seluruh manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, menaiki kenderaan unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh." (Surah Al-haj ayat 27).
Berkata Ibnu Abbas dalam mentafsirkan firman Allah SWT dalam Surah Al-Haj ini: "Ketika Allah SWT memerintahkan Ibrahim untuk mengkhabarkan manusia agar mengerjakan haji, Baginda berkata: "Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah (Kaabah) dan memerintahkan kamu untuk berhaji kepadanya. Lalu menerima panggilan ini apa saja yang mendengarnya dari batu-batuan, pokok-pokok, bukit-bukit debu atau apa saja yang ada, lalu mereka berkata 'Labbaikka Allahumma Labbaik'. (Riwayat Ibnu Jarir) Baginda Rasulullah SAW menyatakan perintah bertalbiah di dalam sabdanya bermaksud: "Telah datang kepada ku Jibril sambil berkata: "Wahai Muhammad, perintahkan sahabat mu menyaringkan suara mereka dengan talbiyah kerana talbiyah itu adalah syiar ibadah haji." (Riwayat Ibnu Majah).
Falsafah pengukuhan akidah tauhid
Maka, syiar ini dijadikan slogan pada musim haji sebagai falsafah kepada pengukuhan akidah tauhid. Baginda juga menjelaskan kelebihan talbiyah ini menerusi sabdanya bermaksud: "Setiap mereka yang berihram apabila menghabiskan masanya bertalbiyah sehingga tenggelam matahari maka akan tenggelam jugalah dosa-dosanya atau hapuslah atau bersihlah dosa-dosanya dan balik bersih seperti baru dilahirkan oleh ibunya." (Riwayat Ibni Majah). Oleh yang demikian, orang yang bertalbiyah dituntut selalu berasakan keagungan Allah dan menyerahkan amal ibadahnya hanya kepada Allah semata-mata, bukan sekedar mengucapkannya tanpa berasakan hakikat talbiyah itu.
Kesimpulannya, tiada kebaikan untuk jiwa yang jauh daripada ilmu tauhid. Ketika kekuatan tauhid melonjak tinggi, berlumbalah manusia untuk melakukan ketaatan dengan bersemangat dan berlapang dada. Justeru, ibadah haji adalah lanjutan dan kemuncak kepada akidah tauhid yang diwarisi oleh nabi dan rasul. Segala slogan syirik yang dicipta oleh kumpulan sesat akan tertolak dengan sendirinya apabila berhadapan dengan slogan tauhid yang datang daripada Allah SWT.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/81926

0 Komentar untuk " Lafaz talbiyah simbol tauhid dalam ibadah haji "