KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melaksanakan strategi dengan mempelbagaikan pelaburannya demi melindungi simpanan ahli tatkala kemerosotan nilai ringgit dan keadaan ekonomi semakin mencabar.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata, setakat ini, strategi KWSP mempelbagaikan aset globalnya di beberapa sektor dan pasaran yang berlainan membantu pertumbuhan dananya.
“KWSP meneroka pasaran pelaburan tempatan dan melabur secara aktif untuk jangka masa panjang dalam industri dan syarikat bersesuaian,” katanya.
Shahril Ridza berkata, KWSP menyambut baik gesaan kerajaan melaksanakan langkah memperkukuhkan ekonomi negara berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam.
“KWSP peka dan menyokong langkah kerajaan dan agensi berkaitan demi menangani isu global yang kini melanda negara.
“KWSP menggalakkan rakan niaga global untuk terus melabur bersama kami di Malaysia. Ini termasuk kerjasama dengan pemaju logistik bertaraf dunia seperti Goodman Group dari Australia serta pelaburan bersama beberapa dana persaraan global,” katanya.

0 Komentar untuk " KWSP pelbagaikan pelaburan, lindungi simpanan "