BOKIA maknanya “tidak takut”. Cina Muslim Malaysia telah membuktikan bahawa mereka bersifat bokia, tidak takut untuk keluar dari zon rasisme demi untuk berhijrah ke dunia Islam.
Penghijrahan ini tidak menjadikan mereka Melayu. Mereka tetap tidak mempunyai hak istimewa. Seperti kata Johari Yap, Pengerusi Macma Kelantan dalam artikelnya di Sinar Harian yang menjadi viral minggu lepas, “Pilih Islam, Wa Masih Cina!”
Bahkan ramai yang memilih untuk mengekalkan nama Cinanya seperti pendakwah terkenal Lim Jooi Soon. Bila Lim ditanya siapa nama awak sebelum Islam, Lim jawab, “Nama bukan Islam saya Lim Jooi Soon.” Bila ditanya lagi siapa nama awak setelah Islam, Lim jawab, “Nama Islam saya juga Lim Jooi Soon!” Tiada penambahan nama Arab atau bin Abdullah selagi nama itu bermakna baik. Pendaftaran nama Cina ini adalah persetujuan bersama antara Cina Muslim Malaysia dan agamawan-agamawan Melayu.
Inilah hasil komitmen Cina-Melayu terhadap Islam yang menentang rasisme. Agamawan-agamawan Melayu tidak pun memaksa Lim untuk buang nama Cinanya.
Melayu tidak rasis. Inilah sebenarnya kewibawaan akhlak Melayu yang telah menarik ramai Cina berhijrah ke dunia Islam.
Malangnya, telah dilaporkan bahawa penganjur Himpunan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos berkata bahawa tidak ada apa-apa kesalahan dengan perkataan “Cina Babi” yang dilemparkan peserta kepada pihak media pada perhimpunan merah. Logik beliau ialah perkataan “babi” bukan satu penghinaan kerana orang Cina memakan daging babi!
Pada masa yang sama, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terus mengkritik perhimpunan merah agar provokasi perkauman dielakkan.
Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin, FASC, telah membuat kenyataan umum berhubung isu cemuhan atas bangsa Cina. Di sini saya salinkan kembali kenyataan penuh Prof:
“Bangsa Melayu terkenal dengan kehalusan budi. Bahkan sebelum kami berhijrah ke Islam, ramai antara kami tertarik mengenal Islam hasil kewibawaan akhlak Melayu.
Kami memartabatkan hak istimewa Melayu tetapi ALLAH SWT meletakkan setiap hak istimewa sebagai tanggungan di dunia yang akan dijawab di hadapan ALLAH SWT kelak.
Maka, Melayu Muslim memikul tanggungan yang lebih berat untuk menunjukkan contoh sebagai khairu ummah. Ramai keluarga kami yang belum Muslim berusaha mengenal Islam. Jangan biarkan Islamofobia berlarutan apabila segelintir umat Islam menghalalkan kata-kata kesat seperti Cina babi dan menghalalkan rasisme dengan mengaitkannya dengan Islam.
Kami Pertubuhan Cina Muslim Malaysia atau Macma, mempunyai 19 cawangan seluruh Malaysia, meminta pihak-pihak berkenaan untuk kembali menghayati Islam dan memohon maaf atas keterlanjuran kata.
Bak kata pantun Melayu:
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah satu kaum mencemuh dan merendah-rendahkan kaum yang lain. Mungkin kaum yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka.” (Surah al-Hujurat 49:11)
Demikianlah kenyataan penuh Presiden Macma.
Memang benar bahawa ulama sosiologi terkenal Ibnu Khaldun telah membela semangat ‘asabiyyah yang biasanya diterjemahkan sebagai ‘perkauman’. Tetapi ulama ini juga telah memberi amaran bahawa semangat ‘asabiyyah ini adalah umpama seekor anjing. Kalau tidak dididik dengan baik, dia akan menjadi anjing liar.
Perkataan ‘perkauman’ tidak semudah boleh diterjemahkan sebagai rasisme. ‘Asabiyyah tidak semestinya rasisme. Ini masalah bahasa.
Perasaan perkauman, bukan rasisme, adalah fitrah manusia. Isu sekarang ialah bagaimana mendidik perasaan perkauman ini supaya ia tidak bertukar menjadi rasisme. Memang secara teori, pendidikan ini perlu dikaitkan dengan konsep ummah tetapi bagaimana melaksanakannya mengikut pengalaman, khususnya di Malaysia?
Macma memainkan peranan utama sebagai jambatan multikultural kerana ia berpijak pada dunia Melayu dan Cina. Dan lebih itu, Macma bertonggakkan pemahaman Islam yang bersifat interkultural.
“Merah” adalah saga, budi dan bahasa, bukan rasisme, cemuhan. Bukan humazah lumazah. Cina pun suka merah pada hari perayaan. Tetapi dunia tidak lagi ceria kalau wujud warna merah sahaja.
* Abdul Naser Tun Rahman Ketua Biro Pendidikan Persatuan Cina Muslim

0 Komentar untuk " Cina Muslim gesa mohon maaf "