Biarpun cacat kebajikan ibu tetap no.1 - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Biarpun cacat kebajikan ibu tetap no.1

MESKIPUN tanpa fizikal yang sempurna, Chen Xinyin, 48, dari Chongqing, di barat daya China, tetap tidak lupa pada tanggungjawab untuk menjaga ibunya yang tua dan uzur.

Sejak kehilangan kedua belah tangannya selepas terkena renjatan elektrik ketika berusia 7 tahun, dia belajar untuk memasak, menganyam bakul dan berkebun bagi meneruskan kehidupan seharian seperti manusia normal lain.

Tahun lalu, lelaki ini mula menjaga ibunya sepenuh masa sambil menguruskan kebun kecil miliknya. Lebih-lebih lagi wanita berusia 91 tahun itu kini lumpuh dan tidak boleh menggerakkan tangannya sejak sebulan lalu.

Dengan hanya menggunakan kaki dan anggota tubuh lain, Chen Xinyin melakukan pelbagai tugas harian termasuk menyuapkan makanan kepada ibunya dengan cara memegang sudu menggunakan giginya.

Nyata, ketabahan lelaki ini membuahkan hasil apabila dia berjaya mengaut keuntungan dengan hasil usaha sendiri melalui tanaman gandum, jagung dan ternakan 24 ekor biri-biri, dua kerbau serta empat ekor ayam.

“Saya tidak punya tangan tetapi ada sepasang kaki yang baik. Saya tidak boleh cari duit dengan cara itu,” katanya ketika ditanya tentang pendapatan lumayan yang biasanya pengemis di bandar perolehi.

Selain itu, dia menolak idea tersebut bukan sahaja kerana menjaga maruah, tetapi juga kerana bimbang siapa akan menjaga ibunya jika dia ke bandar. – Daily Mail

0 Komentar untuk " Biarpun cacat kebajikan ibu tetap no.1 "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ