YIM pilih tiga peserta terbaik - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

YIM pilih tiga peserta terbaik

YAYASAN Inovasi Malaysia (YIM) memilih tiga kumpulan terbaik layak ke peringkat akhir bagi pertandingan Bank Rakyat - YIM Ideation Challenge!

Pengurus Besar YIM, Florence Ki berkata, ketiga-tiga peserta itu dijangka bertanding semula dengan prototaip masing-masing penghujung tahun ini.

“Pemilihan mereka berdasarkan tiga faktor iaitu kreatif, semangat pasukan dan nilai komersial produk.

“Kebanyakan peserta tidak mempunyai produk akhir sebaliknya idea sahaja yang dibentangkan hari ini,” katanya ketika majlis separuh akhir pertandingan tersebut, semalam.

Selaku ketua juri, Florence berkata, kerjasama dengan Bank Rakyat bagi membantu peserta untuk modal membina prototaip dalam pertandingan akhir nanti.

Katanya, pihak YIM akan mencari sektor pembuatan sesuai dengan prototaip peserta.

“Kos bergantung kepada prototaip peserta dan mereka perlu menjalani beberapa proses sebelum produk akhir siap.

“Kami juga melatih peserta dalam bidang keusahawanan supaya produk ciptaan mereka mampu di pasarkan,” katanya.

Pembentangan idea yang terpilih ke peringkat akhir adalah Smart Pet Feeder (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Hookie (Universiti Teknologi Petronas) dan Contagio App (Universiti Malaya).

0 Komentar untuk " YIM pilih tiga peserta terbaik "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ