TAKAFUL Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas) akan menarik lebih ramai Generasi Y (Gen Y) berkecimpung dalam bidang takaful dan insurans agar dapat mengubah persepsi ramai mengenai bidang konsultan itu.
Perunding Takaful, Samian Senin berkata, golongan muda dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam bidang tersebut, sebaliknya bersikap 'hangat-hangat tahi ayam'.
"Kami mahu golongan ini menjadi perunding profesional dengan ilmu mengenai bidang takaful dalam tempoh setahun ke atas.
"Mereka bukan sahaja arif dalam ilmu takaful bahkan mampu berinteraksi secara baik dengan pelanggan," katanya yang merupakan penerima Anugerah Mega Agensi 2015.
Beliau berkata, menjelang tahun 2020 mereka memerlukan lebih ramai perunding untuk menampung permintaan terhadap bidang tersebut.
Kekangan yang dihadapi pihaknya adalah ramai ibu bapa tidak percaya dengan kemampuan anak mereka.
Katanya, apatah lagi ramai warga tempatan belum mengetahui kepentingan insurans dalam kehidupan mereka.
"Dari segi ratio, kami memerlukan seorang ejen untuk 100 pelanggan takaful.
"Kebanyakan ejen Gen Y hanya aktif setahun sahaja dan mengharapkan pendapatan tanpa berusaha lebih kuat," katanya.
Menguatkan pendapat tersebut, Pengasas Al-Faisal Group, Nik Faizal Nik Fauzi berkata, penglibatan golongan muda dalam industri tersebut hanya 18 peratus sahaja.
Katanya, kepentingan takaful bukan sahaja untuk perlindungan diri tetapi kegunaan pendidikan dan perubatan.
"Masih ramai menganggap takaful untuk mencari jualan sahaja, namun realitinya adalah berbeza.
"Matlamat kami untuk menarik ramai golongan muda menyertai takaful untuk keluar dari pasaran lebih luas," katanya.
Selain Samian dan Nik Faizal, seorang lagi penerima anugerah, Mohd Safuan Nadin berjaya melepasi syarat penghasilan yang ditetapkan iaitu FYC 2,000,000.
Anugerah itu akan disampaikan dalam Majlis Anugerah Ejen yang bakal berlangsung 29 Ogos ini menyaksikan 800 ejen Takaful Ikhlas dari seluruh negara.

0 Komentar untuk " Tarik lebih ramai ejen Gen Y "