Unique guna teknologi hijau - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Unique guna teknologi hijau

SYARIKAT ZZ Auralife dan Unique Power Sdn Bhd (Unique) optimis produk terbaru keluarannya yang menggunakan teknologi hijau, GT Powerlube akan memberikan manfaat kepada penggunanya dalam menghadapi kekangan peningkatan kos petrol.

Pengerusinya, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, produk itu akan memberikan penjimatan dari segi penggunaan minyak pelincir dan additive untuk menjimatkan penggunaan petrol dan mengurangkan pengeluaran asap kenderaan.

“Saya menjangkakan ia mendapat sambutan baik di kalangan pengguna. Walaupun pelbagai jenis minyak pelincir dikeluarkan syarikat minyak besar, kami yakin produk kami akan menjadi pilihan,” katanya ketika ditemui selepas majlis merasmikan GT Power Lube dan Silaturahim Aidilfitri, di Shah Alam, semalam.

Hadir merasmikan program itu, Tengku Besar Putera Selangor, Datuk Seri Tengku Ismail Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Al-Shah Al-Haj.

Abdul Rahim berkata, syarikatnya yakin dengan menggunakan teknologi hijau, pengguna akan memilih produk itu yang mula dipasarkan sejak beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Unique Power Sdn Bhd, Zainuddin Zainul Abidin berkata, syarikat melaburkan hampir RM4 juta untuk menghasilkan produk tersebut yang mana penyelidikan dan pembangunan dilakukan selama dua tahun.

“Produk ini dijangka menembusi pasaran antarabangsa dalam masa terdekat. Produk ini juga diuji di beberapa negara rantau Asia dan Brazil.

“Saya yakin ia akan dipasarkan secara meluas ke beberapa negara berhampiran antaranya Singapura, Filipina, Kemboja, Indonesia dan Brunei,” katanya.

Menurutnya, produk itu sesuai untuk kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel.

0 Komentar untuk " Unique guna teknologi hijau "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ