HOUSE Of Healin melaksanakan tanggungjawab sosial dengan memberi sumbangan bernilai RM10,000 kepada golongan kurang bernasib baik.
Pengarah Eksekutifnya, Profesor Datuk Dr Hassan Yaakob berkata, bantuan diberikan kepada rumah anak yatim, Baitol Barakah Wal Mahabbah (BBWM) sebagai perbelanjaan harian.
"Kami sangat prihatin dengan nasib golongan ini dan berharap bantuan yang disampaikan dapat mengurangkan bebanan mereka.
"Rumah ini terdiri daripada anak yatim, fakir miskin dan asnaf memerlukan bantuan untuk terus beroperasi," katanya dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, semalam.
Beliau berkata, kebanyakan kos operasi pusat tersebut merupakan hasil sumbangan orang ramai.
"Seramai 95 pelajar lelaki dan perempuan yang menghuni rumah berkenaan memerlukan sumbangan dan bantuan daripada semua pihak untuk meneruskan operasi mereka.
"Pusat pengajian yang berkonsepkan kebajikan ini memberi pendidikan yang menempatkan pelajar sekolah rendah dan menengah," katanya.

0 Komentar untuk " House of Healin bantu golongan kurang mampu "