Tag Heuer elegan, kualiti tinggi - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Tag Heuer elegan, kualiti tinggi



BAGI penggemar jam tangan mewah, Tag Heuer antara jenama yang sinonim dengan reka bentuk yang elegan dan diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi.

Jenama mewah itu diasaskan Edouard Heuer yang berasal daripada Switzerland pada 1860.

Bukan sahaja mengeluarkan siri jam tangan mewah, Tag Heuer turut menghasilkan jam chronographs dan aksesori fesyen terutamanya kepada kaum Adam.

Nama Tag Heuer pula merupakan hasil gabungan daripada ayat Teknik Avant Garde'd (Tag) dan nama keluarga Heuer sendiri.

Malah syarikat jam tersebut turut menggunakan slogan yang sama, Swiss Avant-Garde Since 1860 sejak ia ditubuhkan.

Jenama itu turut popular dalam industri sukan dan hiburan kerana kebanyakan pemakainya terdiri daripada ahli sukan serta selebriti popular.

Antara selebriti yang sering menggunakan jenama tersebut adalah Leonardo Di  Caprio, Brad Pitt, Cameron Diaz, Tiger Woods, Steve McQueen dan Jeff Gordon.

Syarikat jam tangan Swiss mula dikenali di Amerika Syarikat awal 1950-an apabila Tag Heuer menghasilkan jam tangan kepada syarikat peruncit Abercrombie & Fitch.

Mereka menghasilkan jam chronographs unik iaitu seafarers (pelaut) yang mempunyai keistimewaan pada corak biru, hijau dan kuning yang menunjukkan pasang surut air laut.

Populariti jam jenama tersebut sehingga ia dijadikan jenama rasmi bagi sukan Olimpik Musim Panas (1920), Kejohanan Ski Dunia, Kejohanan Formula Satu Dunia dan ia turut mencipta jam tangan khas bagi pasukan McLaren F1.

0 Komentar untuk " Tag Heuer elegan, kualiti tinggi "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ