SP Setia Bhd, pemaju hartanah utama di Malaysia, hari ini melancarkan projek perumahan mampu milik, "Rumah Selangorku" di Setia Alam, di sini, untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri pada harga berpatutan.
Pengerusi SP Setia Bhd, Tun Zaki Azmi berkata, projek itu melibatkan pembinaan pangsapuri Desa Kiara dan De Palma masing-masing dengan 737 dan 730 unit.
Kedua-dua pangsapuri itu memiliki keluasan binaan 800 kaki persegi dan berharga RM170,000.
"Projek itu juga melibatkan pembinaan 723 unit pangsapuri De Bayu dengan keluasan binaan 900 kaki persegi dan berharga RM200,000.
"Semua unit mempunyai tiga bilik tidur dengan dua lot parkir," katanya dalam ucapan beliau pada majlis pelancaran projek perumahan itu oleh Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, di sini, hari ini.
Beliau berkata penduduk kawasan perumahan itu, yang pendaftarannya dibuka secara rasmi hari ini, akan menikmati gaya hidup masyarakat sihat.
Ini, katanya, sejajar dengan falsafah pembangunan 'LiveLearnWorkPlay' SP Setia yang mengambil kira kualiti rumah dan kemudahan terbaik bagi rumah mampu milik.
Sementara itu, Mohamed Azmin dalam ucapannya pada majlis tersebut berkata pembinaan rumah mampu milik sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk membina kira-kira 20,000 unit Rumah Selangorku dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
Beliau berkata peruntukan bagi "Skim-Dana Sel" di bawah kerajaan negeri untuk membantu mereka yang gagal mendapat pinjaman bagi membeli rumah mampu milik dan kos rendah akan dinaikkan daripada RM10 juta kepada RM20 juta. - Bernama

0 Komentar untuk " SP Setia lancar rumah mampu milik "